Assalamualaikum..
Karnival Ambang Tahun Baharu 2014 telah pun selesai dilaksanakan di Tapak Pasar Malam Taman Sri Kerinau, Paya Pulai. Aktiviti yang berlangsung selama dua hari ini telah diisi dengan pelbagai program kemasyarakatan serta kerohanian. Syabas diucapkan kepada Maahad Tahfiz Al Furqan serta masjid-masjid disekitar kawasan ini kerana telah berjaya menemui sasarannya. Selain daripada mengajak masyarakat setempat untuk bersama-sama menghayati ataupun menyambut Tahun Baharu mengikut landasan Islam, sumbangan yang diberikan juga akan disalurkan kepada Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al Furqan yang tahun ini telah pun mencecah seramai 60 orang. Dengan penambahan pelajar setiap tahun maka pihak maahad telah mempunyai tanah yang diwakafkan, namun kekurangan dana bagi membangunkan bangunan tersebut. Dengan usaha Mudir maahad tersebut yang tidak jemu-jemu mengadakan aktiviti bagi menambahkan sumbangan saya berharap satu hari nanti akan tersergam maahad ini di atas bukit itu.
Antara aktiviti yang diadakan adalah:
- Forum perdana bertajuk Satu Rumah Satu Hafiz
- Kayuhan Amal
- Bertahnik
- Memotong rambut
- Forum perdana bertajuk Hiburan Mengikut Landasan Islam yang dimoderatorkan oleh Imam Muda Nuri.
- Persembahan artis dari kumpulan Inteam
- Pelbagai aktiviti jualan
Saya amat meminati kumpulan nasyid Inteam ini bermula diperingkat menengah lagi ketika lagu berjudul Nur Kasih sedang meletop. Disebabkan lagu tersebut juga telah menarik minat saya terhadap kumpulan ini sehingga sekarang. Pada hari ini saya tidak sangka dapat melihat persembahan kumpulan ini secara langsung. Walaupun gila saya kepada kumpulan ini tapi saya masih dapat mengawal perasaan saya ketika melihat ramai odien yang bergambar serta bersalam dengan kumpulan ini. Saya tidak kisah untuk tidak membuat semua perkara tersebut kerana pada fikiran saya ketika itu ialah kumpulan ini hanyalah artis yang mungkin satu hari nanti akan pudar sinarnya. Tetapi seandainya yang saya temui seorang ulamak, nescaya saya akan cuba juga untuk bertemu atau bersalam dengan ulamak. Kerana keberkatan dari seorang ulamak itu boleh membawa kita ke syurga. Ketika ini apa yang saya ingin saya bersalam ialah dengan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz bin Hj. Nik Mat. Sehingga ketika ini saya mash tidak dapat bersalam dengan beliau. Insyaallah kalau diizinkan Allah satu hari nanti masa itu akan tiba.
Apapun tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada penganjur Karnival Ambang Tahun Baharu 2014. Semoga program seperti ini akan dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang. Sedikit sebanyak mungkin program ini telah menitipkan atau menyuburkan rasa sukakan hiburan berlandaskan Islam.. Insyaallah..
Sekian, terima kasih.
2.12 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan