Saya pun tidak faham dengan diri saya sendiri, kenapa saya boleh menggagahkan diri untuk mendengar ceramah politik yang berbatu jauh dari maustatin namun untuk mendengar ceramah agama yang hanya terletak hanya 10 minit dari maustatin adalah menjadi beban kepada saya. Memang benarlah apa yang sering diperkatakan oleh alim ulamak, manusia akhir zaman ini lebih mementingkan dunia dan menjauhkan diri dari rumah ibadat dan majlis ilmu sebab itu sekarang ramai ulamak yang menjual ilmu.
Mengenang kembali input ceramah tadi, benarlah apa yang diperkatakan oleh ustaz..(saya hanya menyokong pendapatnya..hehe) yang menyebut bahawa dahulu orang mengaji kitab ni tiada had masa. Kadang-kadang mengambil masa sehingga berbelas tahun untuk menghabiskan pengajian di pondok-pondok. Namun jika dilihat sekarang banyak sekolah-sekolah agama yang berorientasikan sekular didalam pengajiannya menyebabkan tok-tok guru (atau boleh digelar cikgu) ini terpaksa melangkau pengajaran kitab kerana terikat dengan masa yakni peperiksaan. Mereka terpaksa mengambil isi yang mana penting sahaja untuk mengejar peperiksaan akhir tahun. Impaknya maka keluarlah produk-produk ustaz sekular yang kita tidak menafikan mereka belajar agama namun disebabkan tidak mendalam pelajarannya maka mereka-mereka ini tidak memahami sepenuhnya kitab tersebut.
Maka terjadilah situasi dimana jika dilihat keadaan sekarang perkara yang halal diharamkan, yang haram dihalalkan. Dan kita sebagai yang tidak memahami agama ini dapat melihat seolah-olah ketika ini para alim ulamak dan para ustaz seakan-akan bertikam pendapat tentang perkara-perkara berkaitan Islam. Dalam Islam memang tidak salah berbeza pendapat namun apa yang penting masih berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
Pendapat saya ialah, bukanlah hendak menyalahkan sesiapa cuma pendapat bersandarkan keadaan sekarang saya melihat ada juga benarnya kata ustaz ini kerana apa yang dapat diperhatikan sekarang ulamak atau para pendakwah atau mufti atau sesapa yang mahir dalam agama Islam ini seolah-olah lebih mementingkan pangkat dan jawatan dan periuk nasi. Dalam sesetengah isu berkaitan Islam dalam negara kita sekarang ini jika terdapat khilaf yang membabitkan individu yang bukan dalam kerajaan maka mereka yang mahir ini sentiasa kedepan menonjolkan diri dengan mengutarakan pendapat. Namun jika sebaliknya walaupun dalam sesetengah perkara yang memang diperlukan pendapat mereka ini bagi mengesahkan dan membenarkan sesuatu perkara berkaitan Islam tetapi disebabkan mereka yang perlu ditegur ini adalah dalam kerajaan maka perkara ini disepikan. Dan yang menjadi mangsa adalah orang umum yang tidak tahu agama yang mungkin akan keliru.
Kembali kepada input ceramah tadi, disebabkan ketidakcukupan mendalami kitab ini maka ramailah graduan ustaz yang menjual ilmu dan hanya kehadapan dalam isu berkaitan Islam jika tidak menjejaskan pangkat atau jawatan mereka. Banyak lagi yang diterangkan oleh ustaz terbabit namun harapan saya kepada diri saya dan cuba ditanam oleh saya kedalam diri saya adalah saya akan cuba selepas ini untuk kerap pergi ke majlis-majlis ilmu seperti ini kerana sesungguhnya Islam itu memang menuntut supaya kita sentiasa mendahagakan ilmu kerana ilmu ini adalah luas apatah lagi ilmu Islam dimana jika dikiaskan seperti jika habis 7 lautan dijadikan dakwat pena untuk menerangkan ilmu Allah ini tidak akan mencukupi kerana ilmu Allah ini amatlah luas dan yang paling penting adalah keredhaan dan keizinan Allah kepada diri saya. Semoga Allah menkejapkan azam saya ini.
Insyaallah..
Sekian.
12.37am
Tiada ulasan:
Catat Ulasan