Pages - Menu

Ahad, 5 Oktober 2014

TERIMA KASIH PENEROKA FELDA

 

Dengan pengurangan subsidi minyak ini, rakyat Malaysia seharusnya berterima kasih kepada peneroka Felda.


Faktanya, peneroka Felda adalah penyumbang terbesar kepada kemenangan BN.

Faktanya, kerajaan BN yang memerintah kini.

Faktanya, kerajaan BN yang mengurangkan subsidi minyak ini.

Faktanya, harga-harga barang lain akan meningkat.

Faktanya, harga getah terkini adalah RM 1.60 sekilogram.

Faktanya, harga sawit terkini adalah RM 3++ setan.

Faktanya, orang-orang Felda lah yang bising dikedai-kedai kopi sebab harga getah dan sawit turun saban hari.

Faktanya, orang Felda lah juga yang tidak mahu berubah kerajaan.

Faktanya, orang Felda juga terpaksa buat dua kerja sekarang seperti orang bandar.

Faktanya, orang Felda juga hidup susah sebab barang makin mahal.

Faktanya, harga barang di bandar dan Felda tetap sama, silap-silap lagi mahal sebab kos pengangkutan.

 

Terima kasih peneroka Felda kerana berjaya menyusahkan rakyat lain.

Kredit untuk peneroka Felda.

SUBSIDI DIKURANGKAN LAGI ??... ITU PERKARA BIASA ...



Subsidi dikurangkan lagi?  Ini bermaksud harga petrol juga naik?

Bolehlah dikatakan begitu.. Tapi PM kata dalam sebuah majlis di Pekan, petrol tidak naik, cuma subsidi dikurangkan..lain maknanya tu.

Mungkin cikgu-cikgu matematik boleh tolong berikan tutorial kembali kepada PM.  Mungkin PM sudah kelabu angka.

Kalau harga petrol tidak naik mengapa kuantiti meter di pam minyak semakin berkurangan walaupun dibeli pada kadar yang sama.

Dakwaan PM bahawa harga petrol tidak naik adalah songsang.  Ini menambahkan lagi kemarahan rakyat.  Sudahlah dihidangkan pengurangan subsidi, ditipu hidup-hidup lagi mengatakan harga minyak tidak naik.

Saya tidaklah terlalu marah setelah mendengar perkhabaran kenaikan ini dari Buletin Utama kerana saya telah dapat cuba belajar menyerap impak berita tersebut.  Cuma saya menjadi marah apabila mengenangkan impak kenaikan kepada harga barangan lain ekoran pengurangan subsidi ini.

Jika dipandang kebelakang, ini bukanlah tahun pertama kerajaan menaikkan harga petrol.  Tahun lepas baharu sahaja kita secara berjemaah melenting marah kepada kerajaan selama sebulan kerana mengurangkan subsidi minyak sebanyak 20 sen.

Bulan Februari tahun ini kita kembali tersengih serta memuji-muja kerana dibayar kerajaan BR1M yang telah dinaikkan amaunnya.  Walaupun hanya boleh bertahan selama 3 hari tapi itulah sifat kita yang songsang.

Jika tidak silap, pada tahun 2008, mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen menjadikan harga minyak ketika itu naik kepada RM 2.70.

Akhirnya mantan PM itu digulingkan dan kerajaan pemerintahan PM kini telah menurunkan sedikit demi sedikit harga petrol sehingga turun menjadi RM 1.80 pada tahun 2009.  Rakyat gembira dengan perkembangan itu.

Namun kegembiraan rakyat tidak lama, tahun 2010 minyak dinaikkan secara beransur menjadi RM 1.90.  Dalam tahun yang sama juga penasihat PEMANDU telah mengeluarkan pendapat agar kerajaan mengurangkan subsidi secara beransur-ansur sebanyak 20 sen setiap tahun bagi mengelakkan negara mengalami kebangkrapan pada masa akan datang.

Bagi mengelakkan kemarahan rakyat, langkah perlindungan awal diperkenalkan yakni Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pada tahun 2012 dengan menjustifikasikan bahawa bantuan ini adalah untuk golongan bersasar sekaligus mengajar rakyat supaya menerima bantuan bersasar ini seandainya subsidi minyak dihapuskan.

Tetapi rakyat tidak ambil kisah pun ketika itu kerana tiada pengumuman kenaikan minyak pada tahun tersebut.  Sebaliknya salam perkenalan pengurangan subsidi ini dipuji-puja sebagai satu tindakan yang bijak.

Setelah rakyat gembira, maka bermulalah siri pengurangan subsidi petrol yang pertama pada tahun 2013.  Kerajaan sedar rakyat akan marah untuk sebulan maka dijanjikan kenaikan pemberian BR1M dalam bajet 2014.  Masa pengumuman pengurangan subsidi ini juga agak cantik, pada 1 September 2013 yakni sebelum Pembentangan Bajet 2014 pada hujung bulan tersebut.  Jika rakyat hendak marah pun tidak akan lama.

Pengurangan subsidi dikurangkan sebanyak 20 sen menjadikan harga petrol pada tahun 2013 sebanyak RM 2.10.

Rakyat marah tapi digulakan dengan BR1M.


Pada tahun 2014, dengan menggunakan modus operandi yang sama iaitu pengumuman pengurangan subsidi dibuat pada 2 Oktober 2014 berhampiran dengan tarikh Pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober 2014.  Juga bagi mengelakkan kemarahan rakyat, BR1M dijanjikan kenaikan dalam Pembentangan Bajet tersebut.

Dengan pengumuman pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini, menjadikan harga jualan terkini petrol adalah pada kadar RM 2.40.

Saya mengjangkakan akan ada 2 - 3 kali bersamaan 2 - 3 tahun lagi pengurangan subsidi minyak ini juga sebanyak 20 sen setiap kali pengurangan berdasarkan pendapat PEMANDU yang mengjangkakan Malaysia akan bangkrap pada tahun 2019 jika subsidi-subsidi tidak diurus dengan baik dan akhirnya harga petrol akan sama sahaja dengan kenaikan minyak yang diumumkan mantan PM Tun Abdullah pada tahun 2008.

Cuma bezanya mantan PM menaikkan secara mendadak yang menyebabkan rakyat terkejut dan terasa sangat kenaikkannya.  Manakala PM kini menaikkan secara perlahan-lahan dan dialas dengan pemberian BR1M.

Jangkaan saya pengurangan subsidi ini akan dilakukan secara normal dan konsisten setiap tahun, namun seandainya berlaku keadaan diluar jangkaan atau terdesak maka kerajaan akan mempercepatkan pengurangan ini sekurang-kurangnya setahun 2 kali.

Kembali kepada reaksi rakyat selepas pengumuman pengurangan baru-baru ini, kelihatan dilaman-laman sosial begitu rancak mencaci dan memaki kerajaan.  Tetapi macam biasalah marah orang Melayu kemana sangat lah.  Bukankah Melayu penuh dengan budi bahasa sebab itu marah Melayu hanyalah marah mengajar bukan marah untuk bergaduh.

Kenalan-kenalan saya juga tidak kurang marahnya pada malam pengumuman namun pada keesokkan harinya saya lihat sudah tidak ada pun perbincangan kenaikan petrol ini.  Adakalanya saya cuba juga membuat provokasi mengenai perkara ini tapi seorang pun sudah tidak menyampuknya.  Kesimpulan saya dapat ialah marah orang Melayu hanyalah beberapa jam sahaja.

Sikap yang terdapat pada orang Cina sangat saya suka.  Kaum ini walaupun nampak seperti tidak mengendahkan politik negara, tetapi sebenarnya menjadi pencetus keputusan dalam pilihanraya.  Begitu dalam isu pengurangan subsidi ini.

Yang bercakap dalam televisyen ketika ditanya wartawan semuanya Melayu yang kurang berpuas hati dengan pengurangan subsidi ini.  Kalau ada pun orang Cina yang ditanya selalunya memberikan pendapat yang neutral.  Sebaliknya ketidakpuasan hati itu diterjemahkan dalam pilihanraya.  Mereka akan memilih pemimpin lain yang difikirkan boleh membantu ekonomi negara menjadi lebih baik.

Sebaliknya orang Melayu yang begitu marah kerana pengurangan subsidi, masih tetap mengundi pemerintah yang sama yang mengurangkan subsidi.  Inilah perkara yang pelik yang sehingga kini saya masih tidak dapat jawapannya.  Saya masih tidak dapat jawapan bagaimanakah corak fikir orang Melayu ini walaupun saya seorang Melayu.

Analoginya, jika kita melalui sebuah jalan kemudian terjatuh ke dalam lubang, pastinya kita akan melalui jalan yang lain pada hari seterusnya.  Atau setidak-tidaknya kita akan mengelak dan berhati-hati terhadap lubang tersebut.  Tidak ada orang yang normal pemikirannya sudi terjatuh kedalam lubang yang sama untuk kali keduanya.

Tetapi realitinya itulah yang berlaku dalam negara kita ketika ini.

Mengakhiri tulisan ini, saya berharap golongan yang saya nyatakan di atas ini tadi dapatlah membuka minda dan cuba berfikir secara lapang dan neutral impak yang terpaksa orang lain terima akibat kedangkalan pemikiran kita.

Ahad, 28 September 2014

PENGORBANAN PAS



 Tahniah barisan exco Selangor yang baharu dilantik.

Jumaat, 26 September 2014 maka terlerailah sudah tanda tanya berkaitan barisan exco kerajaan negeri Selangor yang baharu apabila selesainya majlis angkat sumpah dihadapan Sultan Selangor sekaligus memberikan jawapan kepada semua persoalan.

Secara peribadinya saya kurang senang dengan pelantikan exco yang baharu dimana komposisi kerusi Pas telah pun dikurangkan dari 4 kepada 3.  Umum sedia maklum bahawa kuasa melantik exco adalah hak seorang menteri besar yang mana exco yang dipilih adalah yang bleh membantu menteri besar pada pandangan menteri besar itu sendiri.

Soal hak memilih ini saya tidak membantah, cuma saya agak terkilan bilamana kerusi yang sewajarnya dikekalkan sebanyak 4 untuk Pas telah dikurangkan.  Kebiasaannya, jawatan-jawatan pentadbiran tidak kiralah menteri atau exco samada BN mahupun PR agihan kerusi adalah mengikut banyaknya kerusi yang dimenangi sebuah parti itu.

Didalam pemerintahan Barisan Nasional itu sendiri kita melihat UMNO diperuntukan lebihan kerusi menteri manakala parti komponen yang lain diberikan mengikut besar mana menangnya.  Semangat yang serupa juga sebenarnya telah terpakai di dalam pemerintahan Pakatan Rakyat sejak dari tertubuhnya pakatan ini.  Tetapi tidak tahulah dimana silapnya kali ini satu kejanggalan telah ditunjukkan oleh pemerintahan Selangor yang baharu.

Mari kita lihat komposisi kemenangan kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat diselangor:

PAS     -      15
DAP    -       15
PKR    -       13

Walaupun kerusi Pas dan DAP adalah sama namun mengikut undang-undang tubuh negeri Selangor, seorang Menteri Besar hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam.  Ini bermakna Pas mempunyai kelebihan kerana di Selangor, wakil rakyat DAP tidak ada yang memenuhi syarat ini.

Sepatutnya kerusi Menteri Besar Selangor ini telah lama diperintah oleh Menteri Besar dari Pas.  Namun kerana semangat di antara pakatan itu, Pas sebagai parti yang berhak telah mensepakati kerusi tersebut diberikan kepada PKR yang kerusinya lebih kecil dari PAS dan DAP.  Ini mungkin bersandarkan kepada Pas yang telah mempunyai sebuah negeri di Kelantan untuk diperintah, DAP juga mempunyai negeri Pulau Pinang untuk diperintah sebaliknya PKR tidak ada negeri.  Pas dan DAP telah berkorban di Selangor.

Ketika krisis sedang berlangsung juga, Pas telah mengambil pendirian agar mengekalkan 4 adun Pas sebagai exco bagi mengelakkan terbubarnya pentadbiran Selangor walaupun sekutu yang lain mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak sepatutnya dan tidak mencerminkan semangat pakatan.  Pas terpaksa memekakkan telinga demi rakyat.  PKR perlu ingat kerusi ini bukanlah hak mereka sebenarnya.  Seharusnya bagi mengenang jasa pengorbanan Pas yang telah banyak berkorban, setidak-tidaknya kerusi exco dikekalkan sebanyak 4 sesuai dengan majoriti kerusi yang diraih Pas.

Tetapi saya tidak faham kenapa sebuah parti yang menang dengan kerusi yang sedikit, boleh mendominasi pentadbiran Selangor.  Saya pasti sememnagnya ramai ahli parti Pas yang tidak senang dengan perkembangan terbaharu ini tetapi terpaksa menelannya demi menjaga ukhwah dalam pakatan itu.  Seandainya perkara ini terjadi kepada BN, pastinya PR akan memperleceh mereka dengan sehebatnya.

Sebagai penutupnya walau apa pun yang tidak kena, keputusan telah dibuat, maka saya berharap dengan kepimpinan yang telah dilantik juga dibarisi muka-muka muda ini dapat menguatkan kembali pakatan serta membawa Selangor kearah yang lebih teguh dan maju.  Diharapkan ada perubahan seperti yang didakwa PKR setelah berjaya menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim.  Apa yang saya cuba sampaikan ini hanyalah sekadar suratan yang berlaku secara zahir sahaja.  Apa yang tersirat saya tidak tahu.  Wallahua'alam..

Selasa, 23 September 2014

PAS DAN PAKATAN RAKYAT



Ketika kemelut Menteri Besar Selangor berlaku, saya sempat berborak bersama beberapa rakan yang turut adalah penyokong Pakatan Rakyat.  Lebih tepat mereka adalah penyokong parti Pas.  Iya, saya tidak menafikan kecendungan politik saya juga pada ketika ini adalah kepada parti Pas tetapi bukan semua perkara saya menyetujuinya.  Adakalanya saya akan menhentam Pas jika saya rasakan dasar yang dibuat oleh kerajaan pemerintah adalah lebih bagus serta memberi kebaikan kepada semua.

Sememangnya dalam beberapa perkara/isu dalam pakatan sebelum ini saya lebih banyak memihak kepada keputusan yang lebih mengekalkan Pas dalam Pakatan Rakyat.  Walaupun Presiden yang memberi pendapat, tetapi lebih cenderung untuk bergolak dengan rakan pakatan yang lain, saya tidak akan menyetujuinya.  Cth: dalam kes UG dimana beberapa pimpinan tertinggi telah bertemu dengan pemimpin dari UMNO bagi membincangkan satu perkara yang kebanyakan ahli tidak mengetahuinya ketika itu.

Namun inilah dunia politik, banyak perkara yang akan berubah dari semasa ke semasa.  Kadangkala banyak perkembangan yang tidak menyeronokkan berlaku dalam Pakatan Rakyat.  Sesudah diberi mandat oleh rakyat, setiap pemimpin yang menang seolah-olah gila kuasa, pangkat dan jawatan.  Mereka seolah-olah sudah lupakan rakyat(hanya menggunakan rakyat untuk mempertahankan hujah masing-masing) dan merasakan seperti berada dalam zon selesa(mungkin merasakan rakyat akan sentiasa berada dibelakang mereka).

Dalam isu Menteri Besar Selangor ini, saya melihat paling teruk adalah Pas itu sendiri.  Pas kini sudah berpecah walaupun nampak seperti bersatu.  Dalam isu ini saya lebih cenderung untuk berada dibelakang Presiden walaupun rakan-rakan saya ramai yang menempelak Presiden kerana bagi mereka Presiden sebagai seorang ulamak tidak seharusnya bercakap seperti mencerca orang lain.  Pandangan mudah saya adalah secara refleksnya, jika kita diserang bertubi dan diasak oleh orang luar dan dalam jemaah itu sendiri, semestinya kita akan mempertahankan diri dan dalam untuk mempertahankan diri maka wajar kalau kita menyentuh keburukan lawan kita daripada kita sahaja yang dipandang buruk lebih baik orang lain juga diburukkan.

Bagi saya amat wajar Pas menyerang kembali setelah Pas diasak dan dipaksa untuk menurut perintah rakan pakatan yang lain yang mana punca masalah ini adalah datangnya dari rakan yang lain.  Dimana akhirnya Pas yang menjadi lunyai.  Pas tidak boleh hanya mengambil tindakan bersabar lagi setelah banyak masalah yang datang dari rakan lain dan akhirnya mengkambinghitamkan Pas.

Seperti mana yang berlaku setelah tewasnya kerusi Parlimen Teluk Intan kepada BN, dengan senang hatinya seorang pemimpin rakan telah menyalahkan Pas kerana menimbulkan isu hudud.  Sedangkan Pas telah lama konsisten dalam memperjuangkan hudud dan bukannya sengaja menciptakan hudud ini sebagai isu.  Tetapi kenapa dengan mudahnya tanpa membuat post mortem terlebih dahulu, menyalahkan Pas.




Kemudian Pas diheret pula ke dalam kemelut Menteri Besar, kebanyakan rakan dalam pakatan cuba untuk memaksa Pas membuat keputusan yang selari dengan kehendak mereka.  Mereka langsung tidak menghormati Pas.  Kenapa Pas perlu menghormati sangat mereka-mereka ini?  Tidak tahukah mereka bahawa di dalam Pas ini terdapat ramai ahli.  Pas ini pertubuhan yang mempunyai ahli sama seperti mereka yang lain maka jika ahli mereka tidak suka urusan parti mereka dicampuri orang luar, begitulah juga Pas.

Satu lagi sikap yang buruk saya lihat pada kepimpinan Pusat Pas sekarang adalah semuanya ingin menjadi orang yang pertama memberikan maklumat.  Seperti budak-budak di dalam laman sosial yang berkejar-kejar ingin menjadi pelapor yang pertama.  Segala perkara yang dimesyuaratkan dan keadaan yang terjadi ketika mesyuarat mudah sangat diceritakan kepada orang media.  Ada yang menjadi pengarang ketika mesyuarat yang mencatatkan keadaan sekeliling yang berlaku dan mendedahkan karangan kepada media.  Yang lagi menyakitkan hati adalah mereka minta diselindungkan nama mereka.  Kalau betul pemimpin sejati, dedahkan nama agar Pas dapat mengambil tindakan.

Oleh yang demikian, besarlah harapan saya agar Pas dapat diperkukuhkan pada masa akan datang dan perwakilan diminta membuang ahli jawatan kuasa sekarang yang mana dilihat bukan mendatangkan keuntungan kepada parti sebaliknya menberi lialibiliti kepada parti.


Isnin, 22 September 2014

UPSR BOCOR LAGI

 
Hari ini Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof mengesahkan Kertas ujian Mathematics 015/1 (Sekolah Kebangsaan), 025/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), 035/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) dan Bahasa Tamil 036, 037 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlangsung pada 10 Sept dibatalkan setelah disahkan bocor.

Nampaknya setakat hari ini sudah Empat kertas yang dilaporkan bocor.  Berikut adalah kertas-kertas yang bocor:

Bahasa Inggeris
Sains
Matematik
Bahasa Tamil

 Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036, 037 adalah pada 9 Okt setelah mengambil kira cuti umum Aidiladha dan aspek logistik (percetakan dan pengedaran).

Katanya sebagai langkah serta merta, beliau sedang mengambil tindakan untuk membuat pertukaran pegawai-pegawai di Lembaga Peperiksaan bagi memantapkan lagi pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam.

Beliau berkata semua aspek keselamatan dalam pengurusan dan pengendalian kertas peperiksaan dari peringkat Lembaga Peperiksaan sehingga ke pusat peperiksaan diperketatkan.

Dr Khair berkata beliau telah mengambil alih pengawasan seluruh proses pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan sejak insiden kebocoran pertama dilaporkan pada 12 Sept.
_______________________________________________________________________

Pada pandangan saya lebih baik peperiksaan UPSR 2014 yang telah berlangsung sebelum ini dibatalkan keseluruhannya dan perlu diambil semula sekaligus semua kertas.  Lagipun hanya tinggal berapa sahaja lagi kertas yang belum disahkan kebocorannya.  Mungkin dalam masa terdekat ini akan ada lagi laporan berkaitan kebocoran kertas lain-lain.

Sungguhpun kos serta emosi pelajar menjadi aspek yang perlu diberi perhatian, namun daripada nilai sijil UPSR 2014 dipertikaikan pada masa akan datang, lebih baik keseluruhan peperiksaan diperbaiki sekarang.

TAHNIAH MB BAHARU SELANGOR

Sebetulnya saya akui saya bukanlah seorang yang pandai dalam berpolitik namun kerana rasa ingin tahu yang sangat terhadap kemelut Selangor ini maka saya juga ingin mengambil kesempatan untuk berbicara sedikit tentang perkembangan terbaharu ini.

Tahniah kepada YB Azmin bin Ali yang telah diperkenankan oleh Sultan Selangor untuk menerajui negeri terkaya di Malaysia.

Diharapkan segala permasalahan yang dilontar dan menjadi punca kepada penolakan YB Tan Sri Khalid bin Ibrahim dapat diselesaikan oleh MB baharu Selangor.

Diharapkan juga agar MB baharu tidak akan memasukkan banyak agenda parti kedalam pentadbiran agar penjawat awam negeri dapat melaksanakan tugas dengan lebih lancar.  Perlu diingatkan bahawa di dalam kerajaan negeri juga terdapatnya penyokong Barisan Nasional sepertimana ramainya penyokongnya Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Persekutuan.



Maka lebih baik agenda parti dikurangkan di dalam pentadbiran negeri.  Akhirnya kemelut pelantikan ini berjaya diselesaikan dengan kebijaksanaan Sultan Selangor.  Sebagai seorang yang tidak pandai berpolitik, saya merasa ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh PKR dalam sehari dua ini.  Dalam sehari dua ini patutlah PKR begitu mempublisitikan pendirian mereka berhubung pengekalan DSWA untuk jawatan MB.  Sesungguhnya saya tidak dapat menangkap langkah seterusnya.

Bila selesainya pengumuman MB baharu setelah berfikir sejenak saya membuat kesimpulan kurang sebagai orang yang tidak pandai berpolitik bahawa PKR sebenarnya sudah menjangkakan pengumuman ini namun bagi menjaga pendirian parti yang sebelum ini begitu lantang mempertahankan DSWA dan agar tidak dituduh sebagai tidak mempunyai pendirian yang tetap (yang akan memberikan modal kepada pesaing serta impak yang besar pada masa akan datang) maka PKR mengambil setapak kehadapan untuk mengelabui perkara ini dengan tetap bertegas dalam isu ini dengan satu nama sahaja.

Mungkin pada masa akan datang saya akan menjadikan dan belajar dari peristiwa ini jika ingin berpolitik.

GURU DAN KEISTIMEWAAN

Sebelum memulakan bicara entri ini, saya ingin memohon maaf kepada guru-guru diluar sana seandainya entri ini menyinggung perasaan mana-mana pihak.  Entri ini hanyalah sekadar pandangan peribadi penulis.

Esok 21 September 2014 bermulanya kembali persekolahan setelah seminggu sekolah bercuti penggal.  Esok, Isnin tentunya menyaksikan keadaan kelam kabutnya guru-guru dihari pertama persekolahan setelah bercuti panjang.  Diharapkan selepas proses menyegarkan ini, maka guru-guru dan murid-murid kembali segar setelah lama berehat.

Kadangkala apabila musim cuti persekolahan bermula, saya kadang agak terganggu melihat guru-guru yang turut sama bercuti.  Saya tidak menafikan sememangnya terdapat peruntukan di dalam perintah am bab c berkaitan cuti penggal persekolahan.  Sebab itulah mereka hanya diperuntukan cuti rehat khas sebanyak 7 hari.

Dengan pelbagai gajet yang ada ketika ini, semasa cuti persekolahan bermula, maka kita akan melihat guru-guru serta anak merancang percutian yang panjang serta disertakan gambar-gambar percutian mereka.  Sebagai penjawat awam biasa, saya hanyalah sekadar mampu melihat moment-moment mereka di laman sosial.  Dalam hati terdetik juga untuk bercuti panjang begini namun tiada kesempatan sehingga hari ini.  Banyaklah kekangan-kekangan yang tidak memungkinkan percutian ini.

Dengan gaji yang besar sebagai seorang guru serta cuti rehat yang panjang, sememangnya itu adalah satu nikmat hidup yang dikecapi oleh seorang guru.  Betapa seronoknya, anak bercuti, lalu kita juga bercuti disamping poket penuh dengan wang.  Sememangnya tiada siapa jua akan melepaskan peluang untuk menikmati hidup.

Tetapi kenapa masih ada guru yang masih merungut apabila terpaksa membuat kerja lebih walhal ianya adalah untuk kebaikan anak muridnya juga.  Saya pelik kekadang melihat sikap guru ini, gaji mahu besar, cuti mahu panjang tapi apabila membuat kerja lebih mula membantah.  Jika dilihat waktu kerja mereka hanya berapa jam sahaja yang mereka berada disekolah jika nak dibandingkan dengan penjawat awam lain yang terpaksa berada di pejabat selama 9 jam sehari.

Seharusnya cadangan untuk memperuntukan cuti selama 20 hari kepada guru dibantah.  Jika mahu diteruskan juga perlu dengan syarat iaitu perlu bekerja selama 9 jam sepertimana penjawat awam yang lain.  Mana mungkin penjawat awam lain akan berputih mata melihat guru yang cutinya seperti mereka dan ditambah dengan cuti penggal persekolahan lagi.  Kenapa guru perlu diberi terlebih keistimewaan dari semua segi.  Adakah kerajaan malaysia ini hanya ada guru sahaja.  Kita melihat setiap kali ada penambahbaikan, sesuatu golongan guru pasti mendapat habuan.  Itu belum kira hari guru lagi..  Setiap kali hari guru, pasti ada pengumuman saguhati untuk guru.

Senario sekarang saya melihat para guru yang ada sekarang bukanlah mahu menjadi guru sangat.  Semuanya disebabkan opsyen guru ini hanya sekadar lombong terakhir untuk bekerja.  Sebab itulah dalam 11 anjakan pelan pendidikan, salah satu perkara yang disentuh adalah menjadikan profesyen guru ini sebagai pilihan.  Lihat sahaja lah hari ini, setiap masa yang akan keluar dari mulut guru adalah berkaitan wang.  Jika perlu untuk mengeluarkan wang sendiri untuk kepentingan murid, amatlah berkira mereka ini.

Seperkara lagi yang buat saya kecewa adalah berkaitan menyambung pengajian.  Saya melihat golongan guru ini amat mudah untuk menyambung pelajaran dengan pelbagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan.  Kenapa keistimewaan ini tidak diberikan kepada penjawat awam yang lain terutama golongan kumpulan pelaksana.  Walhal golongan pelaksana ini sudahlah mempunyai gaji yang kecil, tidak pula diberi jaminan untuk kenaikan pangkat serta perlu membayar pinjaman.  Guru disekolah rendah yang bergred 29 apabila mendapat sijil sarjana muda, telah dijanjikan kenaikan pangkat kepada 42.  Tentunya dengan kenaikan pangkat ini turut mengheret kenaikan gaji juga.  Seandainya  mendapat keputusan yang baik pinjaman yang harus dibayar hanyalah sebahagian sahaja.

Jika guru boleh diberikan kenaikan pangkat time based setelah berkhidmat 8 tahun, kenapa kumpulan pelaksana tidak diberikan juga.  Kesatuan  pelaksana telah lama berjuang untuk diberikan time based mengikut guru, namun apa yang dapat time based hanya dikurangkan sebanyak 2 tahun.  Saya tidak faham apa bezanya antara pelaksana dan guru.  Jika alasan kenaikan pangkat guru adlah dalam skim serta suasana pengajaran yang sama , pelaksana juga sama.  Jika seorang bergred 17 kemudian di time based kan tetap juga berada pada skim yang sama, bukannya melangkau gred skim pun.  Jika alasan kewangan yang dijadikan sandaran, lagilah tidak logik.  Jurang gaji guru dan pelaksana adalah sebesar jurang mariana.  Pelaksana jika diberi tunggakan hanya sekadar lepas untuk membeli minyak kereta sahaja.  Sedangkan guru kalau mendapat tunggakan beribu akan dapat.  Sudah jelas disitu bahawa jika kumpulan guru yang ramai ini diberikan kenaikan pangkat, pastinya besar perbelanjaan untuk diberikan gaji.

Banyak lagi perkara yang pada pandangan saya kerajaan tidak adil terhadap setengah golongan penjawat awam namun biarlah akan datang diutarakan.  Cukuplah setakat ini untuk hari ini..  

Sekian.

Ahad, 7 September 2014

JAMUAN



Semalam aku telah menghadiri Majlis Perpisahan Pengetua sekolah menengah lama.  Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi itu telah dibuat di sebuah resort disini.  Bilangan yang hadir agak ramai selain dari kehadiran rakan-rakan lama yang telah pindah.


Dalam ucapan awalnya, pengetua telah menitiskan air mata kerana sebak meninggalkan sekolah lama beliau.  Beliau juga telah menceritakan beberapa kisah yang dialami disekolah baharu dimana dalam masa 4 hari terdapat beberapa kes yang memberikan cabaran kepadanya.


Sumber dari rakan, isteri beliau berkata kepada rakan aku itu, sememang pengetua sangat sayangkan sekolah lama beliau dan kalau boleh tidak mahu ditukarkan..  Namun kuasa ketua jabatan adalah lebih besar.


Bercerita berkenaan pengetua ini, pendapat peribadi aku berkata bahawa pengurusan beliau disekolah itu sangat cemerlang.. Banyak peningkatan yang dapat dicapai selama 3 tahun beliau berada disana.  Namun satu benda sahaja yang sangat aku tidak gemar terhadap beliau adalah beliau sangat susah untuk menyokong pertukaran pegawainya.


Aku tidak mahu menceritakan perihal rakan-rakan lain yang memohon pertukaran, aku hanya mahu menceritakan tentang diri aku yang pernah memohon pertukaran, dan seingat aku sebanyak sembilan kali pertukaran aku telah mohon namun hanya tiga kali yang disokongnya itupun dengan pengganti.


Sebenarnya persekitaran sekolah tersebut memang bes cuma yang meletihkan aku adalah terpaksa berulang sejauh 120 km sehari untuk ke sekolah..  Jika dinilai gaji yang dapat setiap bulan, boleh dikategorikan defisit la.  Dengan keadaan harga minyak yang meningkat memang menjadikan kehidupan aku kucar-kacir.  Sebab itu aku memohon agar ditukarkan berhampiran dengan rumah.


Memang benar jarak antara rumah aku dengan rumah pengetua tersebut adalah hampir dekat, namun perlu diingat yang mana gaji pengetua amat besar berbanding dengan kerani cabuk ini.  Pengiraan yang aku buat, kos minyak aku sebulan adalah lebih kurang RM 200.00.  Dengan nilai ini dibandingkan dengan gaji pengetua, hanya sekadar padan elaun COLA beliau sahaja..  Jumlah pendapatan sebulan aku lebih rendah dari Elaun Keraian beliau.  Itulah sebab aku sangat memerlukan pertukaran ini.


Namun walau apepun yang kurang berpuas hati, aku tetap mempunyai hubungan yang baik dengan beliau..  Semoga beliau terus berjaya disekolah baharu dengan persekitaran yang baharu..

Sabtu, 6 September 2014

MEMORI



Sudah lama rasanya aku tidak menulis.  Kali terakhir aku menulis di blog ini adalah pada Januari 2014.  Tiada idea untuk menulis.  Adamasa banyak idea yang datang secara tiba-tiba tapi kehendak untuk menulis itu seringkali membantutkan idea yang datang bergolek itu.


Dalam sedar tak sedar kini sudah hampir 6 tahun aku berstatus penjawat awam.  Walaupun hanya sekadar bertaraf kuli namun setidak-tidaknya aku harus bersyukur kerana dalam berpuluh ribu yang memohon, aku adalah yang terpilih.  Dalam tempoh 6 tahun ini sudah 3 stesen aku berpindah.  Penempatan pertama aku adalah di Institut Aminuddin Baki (IAB). Setelah 2 tahun lebih maka pertukaran akau diluluskan untuk ditempatkan di sebuah sekolah menengah dalam negeri pahang.  Aku masih ingat tarikh kuatkuasa pertukaran aku ketika itu adalah pada 1 April 2011.  Dan tepat pada tarikh kuatkuasa yang sama setelah 3 tahun, maka sekali lagi permohonan pertukaran aku diluluskan ke sekolah rendah.  Jarak yang semakin dekat dengan rumah menjimatkan banyak masa serta kos.  Dan satu kebetulan juga adalah sepanjang aku bekerja di ketiga-tiga tempat ini, semua bos aku namanya bermula dengan huruf 'M'.


Jika difikirkan keseronokan antara ketiga-tiga tempat ini, pilihan pertama aku adalah IAB.  Pertama keseronokannya adalah tempatnya yang sejuk kerana berada di puncak Genting Highlands.  Yang keduanya adalah disebabkan  ianya adalah sebuah jabatan yang mempunyai duit yang banyak maka segala program boleh dilaksanakan tanpa pening kepala mencari sumber kewangan.  Yang ketiga adalah suasana kerja serta hubungan antara pegawai dan anak buah amat rapat.  Dan disinilah banyak aku menimba pengetahuan serta kemahiran dalam komputer ini.  Sebelumnya terus terang aku katakan aku memang kosong dalam pengetahuan komputer ini.


Disini seringkali diadakan kursus untuk staf dalaman.  Selain dari berita-berita baharu dari kementerian pastinya kami akan mengetahuinya dahulu.  Selain dari itu, sistem pentadbirannya juga lebih tersusun.  Jujurnya, aku amat merindui detik-detik ketika berada disana, detik-detik ketika hidup bujang serumah bersama rakan-rakan setugas dimana malam-malam akan turun ke Batang Kali untuk ronda.  Sebenarnya, seandainya aku masih bujang, mungkin aku masih ingin bertahan disana.  Walaubagaimanapun, setiap individu pasti ada perancangannya untuk jangka masa panjang.  Dan kini aku mungkin tidak menyesal juga kerana ketika ini aku dapat tinggal serumah bersama isteri dan anak serta mempunyai banyak masa bersama.


Pilihan keseronokan kedua aku memilih sekolah menengah.  Walaupun disini tidak seseronok di IAB namun ianya masih boleh dikategorikan masih seronok.  Seronoknya ia adalah kerana staf serta  guru disini kebanyakan muda-muda.  Jika ada yang berusia pun kepala tetap giler-giler macam orang muda.  Kiranya boleh masuk kepala la.  Yang kurang seronoknya adalah jauh sangat terpaksa aku berulang setiap hari selama 3 tahun itu.  Sudah berapa banyak duit minyak habis di atas jalan.  Dalam tempoh 3 tahun itu juga lah Malaysia telah mengenakan kenaikan minyak.  Kiranya sememangnya ia adalah tamparan kepada mereka-mereka yang berulang alik.  Satu lagi yang tidak seronok adalah kerana disini duit xbanyak.  Bila hendak berbelanja terpaksalah berjimat.  Paling kesian adalah pada cikgu-cikgu yang ingin mengadakan program untuk pelajar.  Selalu terpaksa bersilat untuk mendapatkan peruntukan bajet.


Sekarang aku baharu 5 bulan berada di sekolah rendah ini.  Itupun dalam xsedar sudah 5 bulan.  Terasa baru minggu lepas lapor diri.  Untuk 5 bulan pertama ini aku tidak dapat untuk memberikan penilaian secara keseluruhan lagi kerana dalam tempoh ini aku masih lagi cuba untuk mengenali setiap orang disini.  Apa yang dapat aku simpulkan untuk sekolah ini pada waktu ini, dari segi perhubungan antara setiap orang agak kurang dari sekolah menengah.  Disini aku masih tidak melihat lagi semangat hubungan yang mendalam.  Selain daripada itu, dari segi bajet, biasalah sekolah kecik memang bajetnya lebih parah la dari sekolah menengah namun ianya masih dalam kawalan.


Dan walaupun sudah 5 bulan aku disekolah baharu, sehingga ini aku masih mengekalkan hubungan dengan sekolah menengah.  Buktinya, aku masih ada dalam grup WhatsApp..  hahaha...


Itu sahaja buat setakat ini.  Sekian.

Ahad, 12 Januari 2014

CEMBURU

Assalamualaikum..

Apakah yang dicemburui oleh saya?  Sesungguhnya cemburu itu adalah salah satu sifat mazmumah yang tidak patut ada dalam hati manusia.  Tapi ada cemburu yang dibenarkan oleh Islam contohnya si A mencemburui si B kerana si B terlalu kuat iman dan amalannya terhadap perintah Allah SWT lalu si A menyimpan hasrat untuk mengikuti jejak si B dan berusaha untuk menambahkan amalannya supaya lebih rapat dengan Allah SWT.  Namun seandainya kita mencemburui seseorang lalu cuba merosakkan orang itu dengan perkara yang jahat sesungguhnya cemburu itu ditegah.  Apatah lagi seandainya orang dicemburuinya itu dikenakan sihir dengan bantuan syaitan.  Sesungguhnya itu adalah berdosa besar kerana menyekutukan Allah.

Berbalik kepada apa yang dicemburui saya ialah apabila saya menonton rancangan televisyen TV Alhijrah saluran 114 pada hari Sabtu lepas dan hari ini.  Rancangan tersebut adalah bertajuk 'Tonight With Dr. Zakir Naik' yang bersiaran pada jam 10.00 malam hingga 11.00 malam.  Tidak dinafikan nama Dr. Zakir tidak asing lagi dan beliau juga telah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa untuk tahun 1435H yang dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia.

Dari yang saya tahu, asalnya beliau adalah seorang doktor pakar bedah dan kemudiannya telah menjadikan seorang ulamak sebagai inspirasi beliau untuk berdakwah.  Dalam rancangannya hari ini, beliau telah menceritakan sedikit latar belakang beliau sebelum ini.  Beliau menyifatkan beliau adalah seorang yang luar biasa yang diizinkan Allah untuk menyampaikan dakwah dan menjadi pemidato.  Pada usia kecilnya beliau adalah seorang yang gagap.  Tapi beliau adalah seorang yang tidak mahukan kekalahan.  Beliau akan berusaha untuk mendapat tempat pertama dan terbaik dalam semua perkara.  Beliau bersama rakannya yang lain telah menubuhkan sebuah yayasan yang melatih seseorang untuk menjadi penceramah walhal beliau tidak pandai berceramah ketika itu.  Semuanya bermula apabila ketika dalam satu ceramah, penceramah pertama tidak dapat memberikan ceramahnya lalu digantikan oleh beliau.  Bermula dari situ sedikit demi sedikit beliau mula memberikan pengucapan awam kepada audien yang sedikit sehinggalah jika dilihat sekarang audien yang mendengar pengucapan awamnya menjangkau ratusan ribu orang dalam satu masa.

Dalam sesi pengucapan awam tersebut, ada sesi soalan terbuka, mereka yang inginkan jawapan boleh terus untuk bertanya dan bukan Islam adalah didahulukan.  Pada Sabtu lepas seorang lelaki yang dari kecilnya sentiasa mencari kebenaran telah menjumpai kebenaran tersebut dengan agama baharunya yakni Islam.  Ketika sesi soal jawab itu, saudara baru itu mengatakan bahawa beliau telah memeluk Islam pada petang tersebut sebelum siaran itu bermula dan meminta agar Dr. Zakir dapat memberikan Al-Quran terjemahan.  Dr. Zakir telah mempersilakan beliau naik ke pentas dan menyampaikan senaskah Al-Quran terjemahan.. Allahuakbar..  Pada hari ini seorang wanita hindu dan seorang lelaki hindu ketika sesi soal jawab telah bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.  Keduanya telah masuk Islam dengan perantaranya ialah Dr. Zakir.  INILAH SEBABNYA YANG SAYA CAKAPKAN DARI MULA TADI BAHAWA SAYA MENCEMBURUI.

Saya terasa ingin mengalirkan air mata tatkala mereka ini memeluk Islam.  Betapa sucinya mereka ini pada ketika memeluk Islam.  Saya cemburu kerana mereka ibarat sehelai kain putih sedangkan kita yang telah mewarisi agama ini sejak dilahirkan telah penuh dengan dosa-dosa.  Seandainya ketika ini kiamat tiba, kita belum tentu lagi akan mencium syurga sebaliknya mereka yang baharu memeluk Islam ini, jika mereka benar-benar menyerahkan diri kepada Allah, nescaya mereka ini akan masuk syurga.  Walau bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana telah dilahirkan sebagai Islam cuma kemana arahnya iman dan akhlak kita ini, kitalah yang tentukan.  Semoga Allah menerima segala amalan kita dan semoga hidup dan mati kita dikekalkan dalam Islam.  Insyaallah..

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada iman saya untuk saya terus beristiqamah dalam menuntut ilmu Allah ini sehingga keakhirnya..  Saya akan menceritakan sedikit yang mana saya ingat berkaitan cerita benar bagaimana seorang bukan Islam yang matinya dalam Islam sejurus memeluk Islam pada entri yang akan datang.  Cerita itu saya dengar dari Ustaz Zul yang setiap pagi ada siarannya 'Jalan Orang Mukmin' di TV Alhijrah.

Sekian, terima kasih.

12.15 pagi.

Ahad, 5 Januari 2014

ADOLF HITLER PELUK ISLAM?

Sumber ini diperolehi dari blogspot http://hijabulcrewz.blogspot.com.

[BONGKAR] Adolf Hitler Peluk Islam & Meninggal di Indonesia

Saya bawakan kajian menggemparkan ini beserta dengan gambar-gambarnya sekali bagi mengukuhkan bukti artikel ini, satu-satunya yang berbahasa Malaysia disekitar alam maya. Terbongkar juga akhirnya segala tipu daya Zionis dan Barat yang selama ini telah mencorakkan sejarah dunia dengan penipuan dan konspirasi.


Daripada sekian banyak maklumat dan teori yang ada tentang kematian Adolf Hitler, tidak ada satu pun yang dapat menyatakan secara pasti apa penyebab kematian seorang pemerintah Nazi ini. Di manakah sebenarnya akhir dari petualangan kisah Hitler itu? Benarkah Hitler bersama isterinya Eva Braun bunuh diri selepas minum racun sianida?

Lantas bagaimanakah hasil kajian pihak Amerika Syarikat ketika tengkorak Hitler dipamerkan pada tahun 2000 lalu, yang ternyata adalah tengkorak wanita? Di manakah sebenarnya Hitler selepas jatuhnya Berlin pada tangan Tentera Bersekutu?

Beberapa Versi Tentang Kematiannya

Versi yang paling popular menyatakan bahawa Hitler mati bunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri dan minum racun sianida pada 30 April 1945, ketika Jerman diduduki oleh Kesatuan Soviet.

Meskipun sejumlah ahli sejarah ragu-ragu Hitler menembak dirinya sendiri, dan berpendapat bahawa fakta itu hanyalah propaganda Nazi untuk menjadikan Hitler sebagai pahlawan.

Namun, lubang pada potongan tengkorak yang telah dijumpai tampak menguatkan lagi hujah tersebut ketika tengkorak itu dipamerkan di Moscow tahun 2000. Bagaimana dan bila Hitler meninggal sekarang ini masih diselimuti misteri.

Dapat dijumpai penjelasan tentang punca dan bila Hitler mati dari beberapa versi. Ada kematian versi Jerman, versi Rusia, dan versi para pengkaji sejarah atau saintis.

Versi Jerman, seperti yang diceritakan oleh Flegel, salah seorang jururawat Hitler dan pemimpin Nazi yang lain ketika di dalam bunker(kereta perisai).

Versi Russia, yang dinyatakan oleh seorang pegawai tinggi Organisasi Keselamatan Rahsia Russia, KGB, yang mengatakan, bahawa Adolf Hitler mengakhiri hidupnya bukan dengan menembak dirinya sendiri, tetapi dengan meminum racun sianida.

Seperti yang dinyatakan oleh Leftenan Jeneral Vasily Khristoforov, kakitangan arkib untuk Organisasi Keamanan FSB Rusia, "Unit Peubatan Tentera Kesatuan Soviet ketika itu telah memastikan bahawa Hitler dan Eva Braun mati selepas meminum racun sianida pada 30 April 1945."

Versi para saintis, yang terkini adalah mengikut pendapat umum dalam hal ini diwakili oleh para saintis. Sudah lama sebenarnya para saintis dan ahli sejarah menyatakan bahawa potongan tengkorak yang telah diambil dari luar bunker Hitler oleh tentera Rusia dan selama ini disimpan perisikan Soviet itu akan menjadi bukti yang meyakinkan bahawa Hitler menembak dirinya sendiri sehingga mati selepas meminum pil sianida pada 30 April 1945.


Akhirnya analisis DNA dilakukan terhadap potongan tengkorak itu oleh penyelidik dari Amerika Syarikat, dan mereka menyatakan, "Kami tahu tengkorak itu ada kaitan dengan seorang perempuan berusia antara 20 dan 40 tahun," kata ahli arkelogi Nick Bellantoni dari Universiti Connecticut, AS, yang dipetik dari Dailymail.

"Tulang itu kelihatan sangat nipis, tulang tengkorak lelaki cenderung lebih kuat. Dan persambungan di mana kepingan tengkorak itu menyambung nampak berkaitan dengan seseorang yang berusia kurang dari 40 tahun. Hitler pada April 1945 berusia 56 tahun. "

Dengan adanya hasil ujian DNA tersebut, bererti sejarah kematian Hitler menjadi sebuah misteri kembali, dan para ahli teori konspirasi terus memikirkan semula kemungkinan lain tentang kematian Hitler, seperti Hitler tidak mati di dalam bunker.

Biografi Ringkas Adolf Hitler

Mengenai masa kanak-kanak, remaja, sampailah menjadi seorang pemerintah, Hitler kecil adalah seorang kanak-kanak yang tidak diterima, ayahnya sangat membencinya dan menganggap sikapnya yang "anti-sosial" sebagai sebuah kecacatan.

Ayahnya seorang yang keras dalam mendidik anak, sedangkan ibunya, Klara sangat baik kepadanya. Masa kecil yang diliputi dengan kebencian dari ayahnya inilah yang memberikan pengajaran dalam pembentukan mental dan kejiwaan Hitler ketika dewasa.

Ketika hidupnya kucar-kacir, Perang Dunia 1 pun bermula. Tanpa ragu-ragu Hitler mendaftar menjadi tentera dengan pangkat Koperal, bertugas di medan perang di barisan paling hadapan. Kecewa dengan kekalahan Jerman di Perang Dunia 1, dan melihat negara dan rakyatnya yang sengsara dan kelaparan, Hitler mula menjadi Anggota Parti Buruh yang kemudian menjadi NSDAP (National Socialistische Deutsche Arbeiter Partei).

Surat keiizinan masuk

Pada tahun 1920, Hitler dilantik menjadi Ketua Bahagian Propaganda, ketika inilah terserlahnya bakat Hitler berpidato.

Satu tahun kemudian, 1921, Hitler menjadi ketua parti. Akhirnya pada tahun 1962, Hitler mendapatkan hak kuasa mutlak daripada partinya. Hitler dianggap sebagai seorang yang pandai berpidato, digelar "singa podium", ahli pidato yang mampu memukau para pendengarnya.

Hitler adalah ahli politik handal dan berjaya membina imej yang berjaya melalui propagandanya. Beliau berjaya membina idea serta pemikiran menjadi sebuah kekuatan dahsyat yang berjaya melalui propaganda.

Beliau berjaya membina sebuah kekuatan dahsyat yang ditakuti. Beliau juga berjaya membangunkan idea sebagai fuhrer atau pemimpin yang boleh dipercayai rakyat, membawa bangsanya ke puncak kejayaan.

Bukti-Bukti Hitler di Indonesia

Bagaimanakah Hitler boleh sampai ke Indonesia? Bagaimana dia boleh bekerja menjadi seorang doktor di Hospital Umum Sumbawa Besar? Sehingga kepada pertemuan Hitler dengan seorang wanita sunda yang akhirnya menjadi isterinya?

Juga tentang kesaksian Dr Sosro Husodo ketika bertemu dengan Hitler ketika di Sumbawa Besar. Dan semuanya telah dilengkapi dengan dokumen-dokumen lengkap serta foto-foto sedia ada.


Hitler yang terkenal, dengan kekejamannya di abad ke-20, rupa-rupanya telah bersembunyi di Indonesia sejak tahun 1954 sehingga tahun 1970, yang kemudian diketahui oleh Pakatan Bersekutu (AS, Kesatuan Soviet, Britain dan Perancis) yang seterusnya dihasut oleh Israel untuk terus memburu para tokoh Nazi.

Pada tahun 1954, Adolf Hitler memasuki Indonesia dengan menggunakan nama palsu, Dr Poch. Pada awalnya, Dr Poch tinggal di Dompu kemudiannya berpindah ke Bima, seterusnya berpindah pula ke Pulau Sumbawa Besar, kemudian bekerja sebagai doktor di Hospital Umum Daerah Sumbawa Besar. Seluruh penduduk Pulau Sumbawa mengenali doktor ini, yang dipanggil dengan gelaran "Doktor Jerman".

Salah satu peninggalan Adolf Hitler yang meninggal pada tarikh 15 Januari 1970 di Surabaya, adalah buku nota kecil berwarna coklat bersaiz 9×16 cm dengan tebal 44 cm.

Di dalam buku itu tertulis puluhan alamat sekutu-sekutunya dan rakan sekerja Hitler yang sama, seperti yang tercatat dalam sejarah Eropah. Begitu pula tulisan tangan yang ditulisnya dibuku tersebut sangat hampir dan mirip dengan tulisan tangan Hitler.

Buku ini mempunyai erti yang sangat besar, kerana ianya merupakan salah satu bukti yang boleh dipercayai yang menyatakan bahawa "Dr Poch" adalah Pemerintah Nazi, Adolf Hitler.

Surat Izin Mengemudi Dr Poch saat tinggal di Sumbawa Besar

Hitler yang bertemu dengan seorang gadis bernama Sulaesih yang sedang menggembara ke Sumbawa Besar, yang akhirnya dilamar oleh Hitler.



Tidak lama selepas Dr Poch melamar Sulaesih, beliau memeluk Islam pada tahun 1964, disaksikan oleh Ketua Jabatan Agama di Sumbawa dan menukar namanya menjadi Abdul Kohar. Pada tahun 1965, Hitler pun menikahinya.


Aries Zulkarnaen, salah seorang saksi kewujudan Dr Poch, pada tahun 2010 berkata doktor itu mempunyai dua sikap yang berlawanan antara satu sama lain, pemarah namun sering bergurau senda dengan orang lain.

"Dia pemarah, banyak memberi penerangan tentang ubatan dengan mulut [menyebutkan nama ubat], tapi kalau ada yang tanya lagi, dia beritahu, kan saya sudah jelaskan tadi," kata Aries.

Poch juga akan marah jika pesakitnya menyebut penyakit yang mereka alami. "Apa kamu doktor?," Kata Aries, meniru gertakan yang sering diucapkan Poch.

Adolf Hitler (kanan) ketika berusia 75 tahun di Sumbawa Besar

Aries menambah, Poch juga dikenali sebagai seorang yang berperikemanusian. "Tidak takut gurauan kasar dengan masyarakat," kata dia. Yang paling menonjol dari Poch, kata Aries, adalah caranya memandu kenderaan Jeepnya.

"Jalan-jalan di Sumbawa dulu belum bagus, tapi dia memandu dengan satu jari. Luar biasa, "kata Aries. "Itu tanda-tanda dia bekas tentera," tambah Aries.

Adolf Hitler saat berusia 78 tahun, dengan keadaan tubuhnya yang agak bongkok

Walaupun tidak pernah menyangka bahawa Poch adalah Hitler, Aries mengaku bahawa masyarakat setempat menjangkakan dia seorang bekas tentera Nazi.

"Dia sangat bertenaga, kelihatan sekali tenteranya. Penduduk ketika itu sudah mengira dia bekas tentera NAZI, "jelas dia.

Dalam akhbar Harian Pikiran Rakyat pada tahun 1983, terdapat sebuah artikel berkenaan dengan Hitler. Penulisnya bernama Dr Sosrohusodo, Profesor Lulusan Universiti Indonesia yang pernah bertugas di kapal yang dijadikan hospital bernama 'Hope' di Sumbawa Besar.

Dr Sosrohusodo menceritakan pengalamannya bertemu dengan seorang doktor tua berasal daripada Jerman bernama Poch di Pulau Sumbawa Besar pada tahun 1960. Poch adalah pegawai sebuah rumah sakit terbesar di pulau tersebut. Orang itu dinyatakan sebagai Hitler.

Bukti-bukti yang diterangkan Dr Sosrohusodo, adalah bahawa doktor tersebut tidak mampu untuk berjalan dengan normal. Dia selalu mengheret kaki kirinya ketika berjalan.

Foto ketika Dr Poch menikah dengan Sulaesih

Kemudian tangannya, kata Dr Sosrohusodo, tangan kiri doktor Jerman itu sentiasa bergetar. Dia juga mempunyai misai menegak mirip Charlie Chaplin, dan kepalanya tidak berambut.

Keadaan ini seperti dengan gambaran Hilter ketika ianya tua, yang ditemui di sebuah buku biografi Fuhrer. Ketika bertemu dengannya di tahun 1960, orang yang dikata sebagai Hitler itu berusia 71 tahun.

Menurut Dr Sosrohusodo, doktor yang berasal dari Jerman yang dia temui  itu sangat misteri. Dia tidak mempunyai lesen untuk menjadi doktor, bahkan dia sama sekali tidak mempunyai kepakaran tentang kesihatan.

Surat Perkawinan Lain Dr Poch dan Sulaesih

Dr Sosrohusodo mengakui pernah memeriksa tangan kiri Poch yang selalu bergetar. Ketika beliau bertanya bilakah gejala ini mula terjadi, Poch lalu bertanya pada isterinya yang lalu menjawab, "Ini terjadi ketika Jerman kalah di pertempuran dekat Moscow. Ketika itu Goebbels menyatakan kepadanya dengan memukul meja berkali-kali. "

Goebbels yang disebut isteri Poch berkemungkinan ialah Joseph Goebbe, menteri propaganda Jerman yang dikenali setia dengan Hilter.

Kata Dr Sosrohusodo,  isteri Poch, iaitu Eva Braun, beberapa kali memanggil suaminya 'Dolf', yang dikatakan nama panggilan pendeknya daripada Adolf Hitler.

Hitler Mati di Indonesia

Pengakuan Hitler kepada isterinya yang berasal dari Indonesia, Sulaesih, bahawa dia adalah memang Hitler yang sebenarnya, Der Fuhrer. Apa sahaja kegiatan Hitler sebelum dia meninggal?.

Terdapat kenyataan daripada Stanlin, bahawa yang terbunuh di dalam bunker di Jerman bukanlah Hitler asli. Dan di bahagian akhir buku ini menceritakan bagaimana akhirnya seorang pemerintah Nazi meninggal di Indonesia.

Selama ini kematian Hitler memang sangat misteri, kerana tidak ada saksi yang dapat menunjukkan di mana mayat Hitler ataupun mayat Eva Braun, isteri terakhirnya ketika dia berada di Eropah.

Dalam pertemuan rundingan Postdam 1945, Stanlin menyatakan bahawa mayat Hitler dan Eva Braun tidak dijumpai. Stanlin menyatakan kemungkinan, bekas pemerintah Nazi ini telah melepaskan diri dan lari ke Sepanyol atau Amerika Latin.

Dan tidak berapa lama kemudian, ada sebuah khabar yang menyatakan Hitler melarikan diri menggunakan kapal selam ke sebuah pulau. Tapi tidak ada yang tahu pulau apa dan di mana.

Dunia antarabangsa sama sekali tidak menyedarinya. Bahawa seorang pemimpin Nazi yang terkenal sangat kejam itu bersembunyi dengan aman di Sumbawa Besar, sehingga ia meninggal di Surabaya dan dikebumikan di perkubuan awam muslim di Ngagel.

Penutup

Kematian Pemerintah Jerman, Adolf Hitler yang diyakini tewas dalam pertempuran dengan membunuh diri dalam sebuah bunker, pada tanggal 30 April 1945 di Berlin, tetap masih dipersoalkan dan menjadi misteri.


"Siapa yang menyaksikan peristiwa di bunker saat Hitler bunuh diri? Tidak ada, sumber cerita tersebut hanya dari mulut ke mulut. Dan pada saat itu, walaupun tidak ada saksi dan bukti yang jelas, pihak sekutu tetap mengumumkan secara rasmi bahwa Hitler dan istri, Eva Braun telah meninggal.
Bukan tidak mungkin Hitler mati di Indonesia. Kerana Indonesia dianggap tempat yang aman, bagi Hitler. Silakan siapa pun untuk menemukan jawaban yang sesungguhnya. (Ir KGPH Soeryo Goeritno, Msc.,Penulis Buku)

Khamis, 2 Januari 2014

MENGAJI

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ini kelas mengaji telah berjalan seperti biasa.  Sudah tiga minggu ianya tidak dapat diadakan dek kerana guru mengajar mengaji tersebut sibuk untuk menyiapkan dan memastikan program Karnival Ambang Tahun Baharu 2014 dilaksanakan dengan lancar.

Walaupun hari ini masih dalam keletihan namun guru tersebut sanggup juga mengadakan kelas pada hari ini kerana sudah lama terhenti.  Itulah jiwa seorang ustaz jika dibandingkan dengan kita yang dangkal ini.  Manusia yang tiada jiwa itulah manusia yang jiwanya kosong tanpa pengetahuan agama.  Sehebat mana pun karier seseorang tapi meninggalkan serta tidak mempelajari ilmu agama tetap mereka itu tergolong dalam kumpulan mereka yang rugi.

Saya juga berada di dalam golongan yang rugi.  Rugi kerana telah begitu lama  tidak mengikuti serta belajar kuliah-kuliah yang disampaikan.  Asasnya saya pada kecil dahulu telah diajar mengaji dan sebagainya.  Apabila meningkat menengah banyak yang telah saya tinggalkan dan lupa kerana merasakan diri ini dalam proses membesar dan terikut-ikut gelagat rakan-rakan.

Mujur sebelum Allah menarik nyawa kepunyaanNya ini, Allah telah membuka pintu diri ini dan telah memberi kesempatan kepada saya untuk terus mendalami ilmu Islam ini.  Saya juga telah diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk mengikuti kelas pengajian Al-Quran.  Tujuan saya adalah bagi memperbaiki tajwid serta bacaan yang telah lama ditinggalkan.  Masih ada yang diingati namun tidak betul duduknya pula.  Melalui kelas ini saya dapat mengembalikan dan memperbetulkan tajwid serta bacaan saya.  Selain itu terdapat juga banyak input-input baharu yang telah saya pelajari. 

Kelas ini bermula apabila terdapat seorang penduduk disini yang ingin belajar mengaji dari ustaz tersebut.  Kemudian pada minggu keduanya, seorang lagi penduduk yang lain telah mengikuti pengajian ini.  Pada minggu ketiganya ustaz tersebut telah mewar-warkan didalam kuliahnya bahawa sesiapa yang ingin mengikuti pembelajaran Al-Quran bolehlah bersekali dan saya menjadi anak muridnya yang ketiga.  Sehingga kini terdapat enam orang sedang mengaji.

Sebenarnya sudah lama saya ingin belajar kembali Al-Quran tetapi tidak tahu dengan sapa untuk berguru.  Saya pernah berniat di dalam hati seandainya ada disekitar kawasan ini tok guru yang boleh mengajar mengaji saya akan belajar darinya walaupun bersama-sama anak-anak muda atau kanak-kanak.  Alhamdulillah Allah memakbulkan niat hati saya itu.

Seperti kata ustaz tersebut, dalam mencari ilmu ini, kita jangan malu.. biarlah apa orang hendak kata yang penting ilmu wajib dituntut.  Kalau boleh biar kita mati sedang kita mencari ilmu.  Jika kita berlagak sombong dan merasakan ilmu kita yang ada sekarang sudah cukup, maka kita akan berada dalam kebodohan dan buta selamanya.

Seperti sebuah kisah seorang sahabat di zaman nabi, (jika tidak salah Abu Dzar) yang begitu padat dengan ilmu agamanya dan mempunyai begitu ramai anak muridnya tatkala saat sakaratul maut, beliau telah memanggil seorang anak muridnya duduk ditepinya dan membaca kitab.  Lalu dikatakan oleh anak-anak muridnya bahawa pada ketika itu apa yang penting adalah memperdengarkan bacaan-bacaan suci Allah dan bukanlah bacaan dari kitab-kitab.  Kemudian sahabat tersebut mengatakan bahawa sesungguhnya kalimah Allah tidak pernah putus dari hatinya selama ini tetapi beliau akan menjadi malu jika tatkala dicabut nyawanya beliau dalam keadaan tidak mempelajari ilmu.

Inilah sebahagian contoh dimana ilmu pengetahuan amatlah penting sehingga mati pun ilmu harus dicari dan dituntut.  Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan dalam diri saya untuk saya terus beristiqamah dalam menuntut ilmu sekarang dan selamanya sehingga hayat ini.. Insyaallah..

Sekian, terima kasih.

12.21 tengah malam.