Sebetulnya saya akui saya bukanlah seorang yang pandai dalam berpolitik namun kerana rasa ingin tahu yang sangat terhadap kemelut Selangor ini maka saya juga ingin mengambil kesempatan untuk berbicara sedikit tentang perkembangan terbaharu ini.
Tahniah kepada YB Azmin bin Ali yang telah diperkenankan oleh Sultan Selangor untuk menerajui negeri terkaya di Malaysia.
Diharapkan segala permasalahan yang dilontar dan menjadi punca kepada penolakan YB Tan Sri Khalid bin Ibrahim dapat diselesaikan oleh MB baharu Selangor.
Diharapkan juga agar MB baharu tidak akan memasukkan banyak agenda parti kedalam pentadbiran agar penjawat awam negeri dapat melaksanakan tugas dengan lebih lancar. Perlu diingatkan bahawa di dalam kerajaan negeri juga terdapatnya penyokong Barisan Nasional sepertimana ramainya penyokongnya Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Persekutuan.
Maka lebih baik agenda parti dikurangkan di dalam pentadbiran negeri. Akhirnya kemelut pelantikan ini berjaya diselesaikan dengan kebijaksanaan Sultan Selangor. Sebagai seorang yang tidak pandai berpolitik, saya merasa ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh PKR dalam sehari dua ini. Dalam sehari dua ini patutlah PKR begitu mempublisitikan pendirian mereka berhubung pengekalan DSWA untuk jawatan MB. Sesungguhnya saya tidak dapat menangkap langkah seterusnya.
Bila selesainya pengumuman MB baharu setelah berfikir sejenak saya membuat kesimpulan kurang sebagai orang yang tidak pandai berpolitik bahawa PKR sebenarnya sudah menjangkakan pengumuman ini namun bagi menjaga pendirian parti yang sebelum ini begitu lantang mempertahankan DSWA dan agar tidak dituduh sebagai tidak mempunyai pendirian yang tetap (yang akan memberikan modal kepada pesaing serta impak yang besar pada masa akan datang) maka PKR mengambil setapak kehadapan untuk mengelabui perkara ini dengan tetap bertegas dalam isu ini dengan satu nama sahaja.
Mungkin pada masa akan datang saya akan menjadikan dan belajar dari peristiwa ini jika ingin berpolitik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan