Sebelum memulakan bicara entri ini, saya ingin memohon maaf kepada guru-guru diluar sana seandainya entri ini menyinggung perasaan mana-mana pihak. Entri ini hanyalah sekadar pandangan peribadi penulis.
Esok 21 September 2014 bermulanya kembali persekolahan setelah seminggu sekolah bercuti penggal. Esok, Isnin tentunya menyaksikan keadaan kelam kabutnya guru-guru dihari pertama persekolahan setelah bercuti panjang. Diharapkan selepas proses menyegarkan ini, maka guru-guru dan murid-murid kembali segar setelah lama berehat.
Kadangkala apabila musim cuti persekolahan bermula, saya kadang agak terganggu melihat guru-guru yang turut sama bercuti. Saya tidak menafikan sememangnya terdapat peruntukan di dalam perintah am bab c berkaitan cuti penggal persekolahan. Sebab itulah mereka hanya diperuntukan cuti rehat khas sebanyak 7 hari.
Dengan pelbagai gajet yang ada ketika ini, semasa cuti persekolahan bermula, maka kita akan melihat guru-guru serta anak merancang percutian yang panjang serta disertakan gambar-gambar percutian mereka. Sebagai penjawat awam biasa, saya hanyalah sekadar mampu melihat moment-moment mereka di laman sosial. Dalam hati terdetik juga untuk bercuti panjang begini namun tiada kesempatan sehingga hari ini. Banyaklah kekangan-kekangan yang tidak memungkinkan percutian ini.
Dengan gaji yang besar sebagai seorang guru serta cuti rehat yang panjang, sememangnya itu adalah satu nikmat hidup yang dikecapi oleh seorang guru. Betapa seronoknya, anak bercuti, lalu kita juga bercuti disamping poket penuh dengan wang. Sememangnya tiada siapa jua akan melepaskan peluang untuk menikmati hidup.
Tetapi kenapa masih ada guru yang masih merungut apabila terpaksa membuat kerja lebih walhal ianya adalah untuk kebaikan anak muridnya juga. Saya pelik kekadang melihat sikap guru ini, gaji mahu besar, cuti mahu panjang tapi apabila membuat kerja lebih mula membantah. Jika dilihat waktu kerja mereka hanya berapa jam sahaja yang mereka berada disekolah jika nak dibandingkan dengan penjawat awam lain yang terpaksa berada di pejabat selama 9 jam sehari.
Seharusnya cadangan untuk memperuntukan cuti selama 20 hari kepada guru dibantah. Jika mahu diteruskan juga perlu dengan syarat iaitu perlu bekerja selama 9 jam sepertimana penjawat awam yang lain. Mana mungkin penjawat awam lain akan berputih mata melihat guru yang cutinya seperti mereka dan ditambah dengan cuti penggal persekolahan lagi. Kenapa guru perlu diberi terlebih keistimewaan dari semua segi. Adakah kerajaan malaysia ini hanya ada guru sahaja. Kita melihat setiap kali ada penambahbaikan, sesuatu golongan guru pasti mendapat habuan. Itu belum kira hari guru lagi.. Setiap kali hari guru, pasti ada pengumuman saguhati untuk guru.
Senario sekarang saya melihat para guru yang ada sekarang bukanlah mahu menjadi guru sangat. Semuanya disebabkan opsyen guru ini hanya sekadar lombong terakhir untuk bekerja. Sebab itulah dalam 11 anjakan pelan pendidikan, salah satu perkara yang disentuh adalah menjadikan profesyen guru ini sebagai pilihan. Lihat sahaja lah hari ini, setiap masa yang akan keluar dari mulut guru adalah berkaitan wang. Jika perlu untuk mengeluarkan wang sendiri untuk kepentingan murid, amatlah berkira mereka ini.
Seperkara lagi yang buat saya kecewa adalah berkaitan menyambung pengajian. Saya melihat golongan guru ini amat mudah untuk menyambung pelajaran dengan pelbagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Kenapa keistimewaan ini tidak diberikan kepada penjawat awam yang lain terutama golongan kumpulan pelaksana. Walhal golongan pelaksana ini sudahlah mempunyai gaji yang kecil, tidak pula diberi jaminan untuk kenaikan pangkat serta perlu membayar pinjaman. Guru disekolah rendah yang bergred 29 apabila mendapat sijil sarjana muda, telah dijanjikan kenaikan pangkat kepada 42. Tentunya dengan kenaikan pangkat ini turut mengheret kenaikan gaji juga. Seandainya mendapat keputusan yang baik pinjaman yang harus dibayar hanyalah sebahagian sahaja.
Jika guru boleh diberikan kenaikan pangkat time based setelah berkhidmat 8 tahun, kenapa kumpulan pelaksana tidak diberikan juga. Kesatuan pelaksana telah lama berjuang untuk diberikan time based mengikut guru, namun apa yang dapat time based hanya dikurangkan sebanyak 2 tahun. Saya tidak faham apa bezanya antara pelaksana dan guru. Jika alasan kenaikan pangkat guru adlah dalam skim serta suasana pengajaran yang sama , pelaksana juga sama. Jika seorang bergred 17 kemudian di time based kan tetap juga berada pada skim yang sama, bukannya melangkau gred skim pun. Jika alasan kewangan yang dijadikan sandaran, lagilah tidak logik. Jurang gaji guru dan pelaksana adalah sebesar jurang mariana. Pelaksana jika diberi tunggakan hanya sekadar lepas untuk membeli minyak kereta sahaja. Sedangkan guru kalau mendapat tunggakan beribu akan dapat. Sudah jelas disitu bahawa jika kumpulan guru yang ramai ini diberikan kenaikan pangkat, pastinya besar perbelanjaan untuk diberikan gaji.
Banyak lagi perkara yang pada pandangan saya kerajaan tidak adil terhadap setengah golongan penjawat awam namun biarlah akan datang diutarakan. Cukuplah setakat ini untuk hari ini..
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan