Setelah hampir 3 minggu bertungkus lumus mnyiapkan gaji bagi 4 orang guru lantikan baharu dan seorang pembantu makmal disamping tugas sampingan seperti membuat surat rasmi dan pelbagai feedback yang perlu ditaip semula akhirnya hari ini dapat ruang untuk bernafas semula. Sebenarnya lebih tepat ianya hanyalah rehat sekejap kerana masih banyak kerja yang perlu diuruskan segera mungkin. Masih dalam proses, dua orang guru yang sudah mendapat kenaikan pangkat ke gred DG44.
Untuk kenaikan pangkat setelah diberikan 13 peratus kenaikan gaji pada awal bulan April baru-baru ini, saya terpaksa mengambil masa yang agak lama bagi memahami semula kehendak pekeliling perkhidmatan berkaitan urusan kenaikan pangkat. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka mengambil jalan mudah dengan tidak payah memikirkan kerana bagi mereka jika ada kesilapan PTJ akan membaiki pada RC tersebut. Secara peribadi saya suka membuat kerja sebolehnya sifar kesilapan dan teratur. Walaupun sehingga kini masih tidak menjumpai teknik supaya kerja menjadi teratur dan efisien. Sekurang-kurangnya saya sedang ke mencuba ke arah itu..hehehe...
Setelah pening mentelaah pekeliling tersebut, saya dapat memahami serba sedikit dan menjumpai keyword bagi tatacara kenaikan pangkat. Namun saya masih tiada keyakinan bagi meneruskan kerja itu. Saya cuba menghubungi unit pentadbiran di Institut Aminuddin Baki yakni bekas rakan sekerja lama untuk mengesahkan adakah benar atau salah pemahaman saya terhadap pekeliling itu.
Masih tidak menjumpai jawapan, saya cuba pula menghubungi Pegawai Eksekutif di PPD. Juga masih tidak menjawab persoalan saya. Tidak tahulah samada beliau masih terasa dengan beberapa isu yang timbul berkaitan Cuti Tanpa Gaji seorang pembantu makmal saya sebelumnya atau dye terlupa namun saya harap hubungan profesional dapat diwujudkan antara jabatan tanpa dipengaruhi perasaan tersinggung atau apapun supaya proses kerja dapat berjalan lancar. Saya tidak mahu menambahkan lagi seteru kerja kerana sebelumnya saya sudah pun mewarisi seteru antara sekolah dan PT JPN yang mengelola RC sekolah saya.
Akhirnya saya menjumpai jawapan setelah saya menghubungi sekolah PTJ yang berhampiran sekolah saya. Setelah saya teliti sekali lagi pekeliling tersebut akhirnya saya faham dan tanpa rasa was-was saya merasakan perkiraan saya adalah betul.
Esok saya akan menyambung kerja ini. Kerja buat gaji ini sebenarnya senang tetapi bagi new user seperti saya ini ianya menjadi agak sukar dan mungkin juga kerana sikap berhati-hati tidaka mahu melakukan kesilapan itu menyebabkan kerja saya menjadi lambat...hahaha...tidak mengapalah yang penting tiada kesilapan terhadap gaji orang dan tidak perlu buat dua kali kerja..
Sekian, terima aksih
11.02 malam...26/6/12
Selasa, 26 Jun 2012
Selasa, 13 Mac 2012
Apakah itu Demokrasi?
Daripada Wikipedia:
Demokrasi bermaksud:
Demokrasi bermaksud:
Demokrasi
adalah satu bentuk egalitarian kerajaan di mana semua rakyat negara ini
bersama-sama menentukan dasar awam, undang-undang dan tindakan kerajaan mereka,
yang memerlukan bahawa semua warganegara (memenuhi syarat-syarat tertentu)
mempunyai peluang yang sama untuk menyuarakan pendapat mereka. Dalam
amalan, "demokrasi" adalah sejauh mana sistem yang telah ditetapkan lebih kurang
ideal ini, dan sistem politik yang diberikan adalah dirujuk sebagai "demokrasi"
jika ia membolehkan penghampiran yang tertentu kepada demokrasi yang ideal.
Walaupun
negara tidak pernah diberikan semua rakyatnya (iaitu termasuk kanak-kanak di
bawah umur) undi, kebanyakan negara hari ini mengadakan pilihan raya berdasarkan
prinsip egalitarian, sekurang-kurangnya dalam teori.Sistem
yang paling biasa yang dianggap "demokrasi" dalam dunia moden adalah demokrasi
berparlimen di mana orang ramai mengundi mengambil bahagian dalam pilihan raya
dan memilih ahli-ahli politik untuk mewakili mereka di dalam Dewan Undangan.
Anggota
dewan kemudian membuat keputusan dengan undi majoriti. Satu
bentuk yang lebih tulen demokrasi langsung di mana orang ramai mengundi membuat
keputusan secara langsung atau mengambil bahagian secara langsung dalam proses
politik. Unsur-unsur
demokrasi terus wujud di peringkat tempatan dan pengecualian pada peringkat
kebangsaan di banyak negara, walaupun sistem ini wujud bersama-sama dengan
perhimpunan wakil.Istilah
ini berasal dari perkataan Yunani δημοκρατία (dēmokratía) "kedaulatan rakyat",
[1] yang dicipta dari δῆμος (demo) "orang" dan κράτος (kratos) "kuasa", dalam
pertengahan abad ke-5-4 SM
untuk menunjukkan sistem politik yang sedia ada di beberapa bandar
Yunani-negeri, terutamanya Athens berikutan pemberontakan popular di 508 SM. [2]
Lain-lain kebudayaan sejak Greece telah menyumbang kepada evolusi demokrasi
seperti Rom Purba, [3] Eropah, [3]
dan Amerika Utara dan Selatan. [4] Konsep demokrasi wakil timbul sebahagian
besarnya dari idea dan institusi yang dibangunkan semasa Zaman Eropah Tengah dan
Zaman Pencerahan dan dalam Revolusi Amerika dan Perancis. [5] hak untuk mengundi
telah
berkembang dalam banyak bidang kuasa lebih masa daripada kumpulan yang kecil
(seperti orang kaya daripada kumpulan etnik tertentu), dengan New Zealand negara
pertama untuk memberikan sejagat untuk semua rakyat pada tahun
1893.Unsur-unsur
yang dianggap penting kepada demokrasi termasuk kebebasan bersuara politik,
kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar, agar setiap warganegara secukupnya
bermaklumat dan mampu untuk mengundi mengikut kepada mereka sendiri kepentingan
kerana mereka melihat mereka. Istilah
"demokrasi" sering digunakan sebagai singkatan untuk demokrasi liberal, yang
mungkin termasuk unsur-unsur seperti kepelbagaian politik; kesamarataan di sisi
undang-undang; hak untuk mempetisyen dipilih pegawai-pegawai untuk memulihkan
ketidakpuasan hati; proses yang sewajarnya; kebebasan awam, hak asasi manusia;
dan unsur-unsur masyarakat sivil di
luar kerajaan.Demokrasi
sering dikelirukan dengan bentuk republik kerajaan. Dalam
beberapa takrif "republik," sebuah republik adalah satu bentuk demokrasi.
Takrifan
lain membuat "republik" istilah yang berasingan, dan yang tidak
berkaitan.
Rabu, 22 Februari 2012
Isu Penjaga
Semalam saya telah mengedit sebuah surat amaran kepada penjaga sekolah ini yang mana telah melakukan masalah disiplin. Surat dipos semalam juga untuk memanggil penjaga bagi berbincang bersama tuan pengetua terhadap masalah yang berbangkit ini. Secara jelas telah dinyatakan bahawa perjumpaan tersebut adalah seperti ketetapan yang berikut:
Tarikh: 24 Februari 2012 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Pejabat SMK ..............................
Hari ini, di waktu pagi kumpulan pelajar yang telah melakukan kesalahan itu telah menulis sebuah surat rayuan kepada GPK Pentadbiran bagi menyelesaikan isu tersebut tanpa memanggil penjaga. Namun perkara itu sudah terlewat kerana surat telah pun dipos pada hari semalam.
Hari ini, selepas waktu rehat tengahari tamat sekitar jam 2.10 petang, seorang bapa pelajar yang terlibat telah hadir lebih awal dari waktu yang ditetapkan. Kebetulan ketika itu pengetua masih belum masuk maka saya menjemput penjaga tersebut duduk dahulu sementara menunngu pengetua masuk tapi nampaknya seakan-akan penjaga ini tidak sabar-sabar menemui pengetua.
Penjaga tersebut kemudian keluar pejabat menemui anaknya dan kumpulan anaknya yang bermasalah itu. Sangkaan saya adalah penjaga ini akan memarahi anaknya. Namun sangkaan saya jauh meleset. Pada mulanya berjumpa dengan anaknya, kelihatan anaknya menangis kerana tidak menyangka surat telah sampai ke tangan penjaganya. Tetapi apa yang malang adalah apabila penjaga ini telah menyalahkan pihak sekolah dengan mendakwa bahawa pihak sekolah sengaja memperbesarkan isu yang kecil. Beliau juga menyokong tindakan anaknya dan kumpulan anaknya yang telah menunjukkan isyarat lucah di dalam laman sesawang Muka Buku. Ini akan mencerminkan imej sekolah yang songsang kerana kumpulan ini memuat naik gambar tersebut ke dalam kumpulan sekolah ini. Penjaga ini juga cuba pertahankan tindakan anaknya ini seolah-olah betul dengan mendakwa mereka menangkap gambar tidak senonoh itu dalam rumahnya.(ini membawa maksud dibawah pengawasannya)
Anaknya yang pada mulanya menangis, justeru mendengar dan melihat sikap bapanya itu mula tersenyum. Sungguh menyirap darah saya ketika itu melihat kejengkelan mereka ini semua.
Selama ini saya hanyalah mendengar dari mulut ke mulut dan dari akhbar tentang masalah sebegini namun pada hari ini saya melihat sendiri bagaimana sikap seorang bapa yang boleh saya katakan amat BODOH cuba menegakkan benang yang basah dengan menyokong kemungkaran dan cuba menyalahkan pihak sekolah apabila pihak sekolah cuba mengajar pelajarnya yang masih berada di tingkatan 2.
Kalau beginilah sikap seorang bapa yang berfikiran ORTODOK saya mencadangkan sangat-sangat kepada beliau supaya membawa anak beliau ke Hutan Gunung Tahan dan belajar bersama harimau dan kera. Kalau mengkritik tapi ada fakta dan mempunyai input yang boleh diketengahkan untuk dibincang saya menyokong namun kalau ditengok gaya penjaga ini jelas menunjukkan tahap pemikiran orang KAMPUNG yang LEMAH dan BIOL otaknya. Jika masalah ini memang bukan salah anak beliau, saya masih boleh menerima kritikan BODOH tersebut tapi bila gambar tersebut yang telah dicetak oleh pihak sekolah sebagai bukti, saya menempelak dan memandang hina penjaga tersebut kerana datang hanya bercakap kosong dan cuba membuat huru hara.
Dari rakan-rakan, ramai mengatakan bahawa penjaga ini SEWEL sikit kerana sebelum ini beliau juga pernah datang membawa parang ke sekolah untuk menetak GPK HEM pada ketika itu. Beliau juga adalah batu api kepada penjaga-penjaga lain bilamana isu yang kecil cuba diperbesarkan sehingga dibawa ke PPD.
Lucunya penjaga ini bagi saya adalah beliau cuba memperbesarkan sesuatu isu namun isu tersebut adalah tidak relevan sama sekali tanpa mempunyai fakta yang kukuh.
Akhir kalam saya berdoa kepada Allah supaya memelihara saya dan melindungi saya dari sebarang malapetaka dan dijauhi sikap seperti penjaga ini jika saya bergelar seorang ayah kelak.
Insyaallah.
Sekian.
11.07 malam

Isnin, 6 Februari 2012
PAS
Hampir 1200 orang hadirin memenuhi Dewan Tun Razak Temerloh bagi mendengar Bicara Ummah pada 6/2/2012 yang disampaikan oleh Dato' Dr. Hassan bin Hj. Ali. Jika dibandingkan dengan ceramah-ceramah penerangan Pakatan Rakyat semenjak dua menjak ini, kehadiran di dewan ini boleh dikategorikan sebagai amat memberangsangkan. Walaupun pimpinan dan Unit Penyelidikan Pas Pusat yang telah melakukan survey umum menyatakan bahawa Pas tidak terkesan dengan pemecatan Dr. Hassan, namun dalam beberapa Road Show penerangan oleh Dr. Hassan ini sejak kebelakangan ini menampakkan satu riak-riak yang mungkin akan menjadi tsunami dalam landskap politik negara. Pas harus memberi perhatian terhadap perkara ini dan tidak hanya syok sendiri dengan dakwaan kononnya masih mendapat sokongan ahli akar umbi.
Pas harus sedar bahawa Pas hari ini adalah bukan seperti Pas sebelum PRU12. Ketika Pas berada didalam Barisan Alternatif, Pas sudah mempunyai pengalaman dimana pada ketika itu DAP telah kalah teruk lalu menyalahkan kerjasama dengan Pas yang membuatkan mereka kehilangan banyak kerusi. Maka Barisan Alternatif dibubarkan dan Pas berjuang berseorangan walaupun masih berkawan dengan DAP dan dengan kerjasama yang tidak terikat dimana setiap parti telah mencapai kata sepakat untuk membahagikan kawasan pilihanraya dengan meletakkan satu lawan satu dengan Barisan Nasional maka formula ini telah berjaya menafikan majoriti 2/3 parti pemerintah di Parlimen pada PRU12 8 Mac 2008.
Setelah itu melihatkan sokongan rakyat yang telah mula beralih arah kepada pembangkang maka Pakatan Rakyat telah ditubuhkan walaupun sehingga kini masih belum diluluskan oleh ROS. Walaupun banyak lagi faktor-faktor lain yang menyebabkan BN tumbang namun kita masih tidak dapat menafikan sokongan rakyat yang mahu melihat perubahan kerana terlalu marah dengan sikap Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang terlalu tunduk kepada menantunya selain kenaikan harga minyak yang terlampau tinggi.
Walaupun pakatan ini dari persepsi politiknya adalah berjaya dan dapat menguntungkan rakyat namun disebalik pakatan ini juga terdapat banyak perkara yang mungkin rakyat luar seperti saya ini tidak berpuas hati. Sudah banyak ahli-ahli di dalam Pas sendiri yang mula merungut kerana Pas kini terlalu tunduk kepada arahan DAP dan PKR dalam banyak isu sensitif. Pimpinan Pas menafikan namun keputusan sesuatu isu itu akan dapat dilihat dan dinilai oleh rakyat dan ahli Pas khususnya.
Saya juga pada asalnya telah menanamkan dalam diri saya bahawa semua tindakan Pas adalah demi menjaga hubungan dengan rakan-rakan didalam Pakatan dan demi keberlangsungan politik Pas itu sendiri namun setelah satu demi satu isu yang melibatkan agama dan kaum mula diusik dan keputusannya seolah-olah telah ditulis oleh parti lain dalam Pakatan maka saya sendiri tertanya-tanya adakah benar dakwaan parti pemerintah bahawa Pas kuda tunggangan DAP?
Contoh yang dapat saya berikan adalah dimana NGO Perkasa yang telah (sengaja atau tidak?) memberikan angpow berwarna putih kepada masyarakat Cina telah ditentang hebat oleh masyarakat Cina yang mendakwa Perkasa tidak sensitif terhadap pantang larang masyarakat Cina dimana menurut kepercayaan mereka putih membawa maksud kematian.
Contoh lagi adalah bagaimana didalam ceramah-ceramah Pakatan ada pemimpin bukan Islam yang cuba menghuraikan hal berkaitan Hudud yang bagi saya tidak sepatutnya disentuh langsung oleh mereka walaupun atas kapasiti sebagai rakan dalam Pakatan. Yang menyedihkan adalah majoriti hadirin yang hadir berbangsa Melayu menyokong tindakan itu. Walaupun mereka memburukkan parti pemerintah namun yang telah menolak hudud ini namun pada saya tidak kena jika yang mengucapkannya itu adalah bukan Islam. Saya bukanlah hendak rasis namun bagi saya orang Islam telah banyak berkompromi terhadap isu agama ini. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MCA yang mencerca Hudud itu tersangatlah mengguris hati saya. Walaupun MCA adalah komponen BN namun atas kapasiti Islam kita tidak mahu menolak salah kepada sesiapa. UMNO yang merupakan ketua dalam BN juga harus menegur secara keras terhadap kenyataan Presiden MCA itu.
Dalam ceramah penerangan Pakatan Rakyat di Markas Pas Sg. Gau, Temerloh pada 1/2/2012 yang membariskan penceramah berkaliber iaitu Nik Nazmi, Tony Pua dan Dr. Dzulkifely secara terangan Tony Pua telah mempertikaikan bagaimana kerajaan telah mengayakan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dengan memberikan hakmilik pengedar tunggal dalam BERNAS dan beberapa projek lagi. Memang secara prinsipnya ini tidak adil namun dia harus sedar bahawa mereka yang terkaya di malaysia dan yang telah memonopoli ekonomi dan pasaran barangan adalah kaum dia sendiri. Beras adalah makanan ruji rakyat Malaysia yang mana bangsa Melayu adalah 65% berbanding kaum lain. Mungkin beliau mempunyai agenda untuk membuka peluang kepada kaum beliau memonopoli industri beras. Bagi saya apalah salahnya jika sedikit keuntungan ini diberikan pula kepada kaum bumiputera kerana bidang-bidang lain dan ekonomi kini sudah pun dimonopoli oleh kaum beliau.
Pas sebenarnya boleh berjuang berseorangan tetapi Pas telah memilih untuk berkompromi dengan parti lain untuk meneruskan agenda rakyat. Tidak salah sebenarnya berkompromi tetapi Pas perlulah lebih tegap dengan pendirian Islamnya dan parti yang lain juga harus tahu sempadan hak bersuara dan membuat keputusan sebagai rakan dalam Pakatan. Jika mereka tidak suka mereka diganggu rumah tangga politik mereka begitu juga Pas. Mereka tidak boleh melihat Pas hanya sebagai parti tempelan kerana walaupun Pas mempunyai kerusi yang minoriti namun sebagai rakan yang telah sudi berkompromi demi rakyat, Pas haruslah diberi penghormatan.

Akhir kalam saya memohon kemaafan jika entri saya ini ada menyinggung sesiapa. Entri ini hanyalah pendapat peribadi saya sebagai seorang yang mencintai negara ini amnya..
Insyaallah..
Sekian.
10.46 malam
Ahad, 5 Februari 2012
Antara karyawan dan ahli sukan
Sumber dari Mingguan Malaysia 5/2/2012
Oleh: Siti Jarum
TIDAK ada negara yang begitu menghargai ahli sukan seperti negara kita. Negara lain yang sukan mereka jauh lebih hebat pun tak seperti negara kita yang limpahkan itu dan ini kepada ahli sukan.
Kononnya ahli sukan telah “mengharumkan” nama negara. Kononnya ahli sukan kita telah “mencatat” nama negara di peta dunia.
Alasan ini diberikan oleh orang yang malas. Mereka malas berfikir dan malas terima kenyataan. Di negara kita, penjaga gol Khairul Fahmi dapat sebuah banglo. Di negara kita, ahli sukan dapat ganjaran berganda, menang di pertandingan lagi, kerajaan bagi lagi.
Negara lain bangunkan prasarana sukan sebagai cara menghargai sukan. Tapi kita longgokkan duit kepada ahli sukan. Kita terkepung dalam ruang fikir sempit kononnya inilah cermin kejayaan bangsa dan negara. Ini mengarut namanya.
Eh, betulkah ahli sukan “mengharumkan” nama negara? Mana ada, semua itu temberang saja. Cuba bagi satu contoh ahli sukan di dunia yang “mengharumkan” nama negaranya? Kita yang syok sendiri saja yang kata begitu.
Boleh tak Siti tanya sikit. Betulkah bintang bola sepak dunia Pele, Maradona, Ronaldo dan banyak lagilah dalam sukan lain pun yang “mengharumkan” nama negara mereka? Sebenarnya yang mengharumkan nama negara dan menyebarluas pemikiran bangsa adalah karyawan. Tidak kiralah sasterawan, pelukis atau dramawan. Pemikiran karyawan mewakili bangsa dan negaranya. Penyair Victor Hugo dan pelukis Van Gogh misalnya turut mengangkat nama Perancis walaupun Van Gogh bukan dilahirkan di Perancis.
Agak-agaknya apakah yang disumbangkan Maradona kepada bangsa dan negaranya seperti Van Gogh kepada Perancis? Mereka minat sukan, mereka gila sukan. Tapi mereka terima kenyataan bahawa yang menyumbang kepada bangsa dan negara adalah karyawan. Sebabnya karyawan itu adalah cermin kepada tamadun bangsa.
Tapi bagi kita lain pula, pemain badminton atau bola sepak mengambil tempat karyawan. Ahli sukan dapat penghargaan berjuta ringgit. Tak kisahlah kalau pemurah sangat. Tapi ini menunjukkan kita tak tahu menilai. Sasterawan kita yang karya mereka ke seluruh dunia tidak mendapat ganjaran sama. Bukan tidak boleh menghargai ahli sukan, tapi berpada-padalah dan adil kepada yang lain. Banyak sasterawan kita yang pemikiran mereka menjelajah seluruh dunia dianggap lebih rendah daripada penjaga gol atau pemain badminton.
Kita berbangga tak kena tempat. Kita tak tahu bahawa sukan adalah produk konsumerisme. Sukan tempat kapitalis kaut kekayaan. Sukan tidak ada kena mengena dengan tamadun bangsa. Sukan itu duit. Dulu Maradona atau Tiger Wood dijulang, esok atau lusa mereka dilupakan. Mereka tak tinggal apa-apa pun kecuali kekayaan peribadi.
Tapi karyawan seperti Shakespeare, Albert Camus, Van Gogh misalnya sentiasa hidup dalam bangsa yang tahu menilainya. Di negara kita, banyak sasterawan telah menjelajah benua asing. Usman Awang, A. Samad Said, Arenawati, Anwar Ridhuan sudah lama mengharumkan nama bangsa dan negara. Pelukis kita Latiff Mohidin, Ibrahim Hussein, Raja Azhar Idris sudah lama mengharumkan nama negara apabila mengemukakan karya tentang negara dan bangsanya. Siapa peduli?
Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dana RM5 juta untuk Persatuan Penulis Nasional (PENA) menerbit buku. RM1 juta lagi untuk membaiki Rumah PENA yang uzur. Tapi Siti fikir ada pihak yang tidak dapat baca mesej Perdana Menteri supaya hargai sasterawan. Balik-balik mereka hanya lihat ahli sukan. Terimalah kenyataan, rakyat Argentina pun tidak pernah bangga dengan Maradona. Sebabnya Maradona tidak menyumbang apa-apa kepada Argentina seperti sumbangan Shakespeare kepada England. Mesti banyak yang tak setuju tapi Siti peduli apa.
SITI JARUM: Dah fed up.

Facebook bernilai RM300 bilion
Sumber dari Mingguan Malaysia 5/2/2012
Oleh: Johardy Ibrahim
TIDAK pasti bagaimana anda rasa mengenai penggunaan Facebook sejak perubahan dibuat, saya secara peribadi merasakan perubahan (misalnya Timeline) telah ‘membina jurang’.
Pada paparan dinding akaun anda, ia hanya menunjukkan rakan-rakan yang kerap berhubungan atau mengepos pernyataan yang sama tajuk.
Jadi sekiranya anda lebih 1,000 rakan, kadar kebarangkalian untuk 30 peratus daripada mereka terlepas pandang kepada pernyataan kita adalah tinggi. Atas sebab itu, bilangan yang menekan like dan memberi reaksi, kelihatan menyusut berbanding tahun lalu. Apa erti mengepos pernyataan jika tidak dibaca oleh rakan-rakan?
Namun apa pun rungutan kita, Facebook memiliki alasan khusus membuat perubahan seumpamanya. Perubahan yang dibuat ini adalah antara senarai utama kritikan terhadap Facebook.
Cuma tidak pasti apakah ia meliputi pengguna Facebook di Malaysia yang diiktiraf sebagai antara ‘rakan paling mesra’ di dunia kerana memiliki minimum 200 rakan dalam akaun Facebook dan ini termasuk pelajar sekolah menengah yang add semua kenalan sekelasnya, guru kelas yang disenangi, sepupu jauh dan dekat, kawan kepada rakan sekelas dan anak guru kelas yang disenangi.
Golongan pelajar ini akan membina persahabatan Facebook dengan semua orang terutama artis, guru agama televisyen, seniman lapuk dan ahli politik tetapi berusaha sedaya-upaya mengelak untuk memasukkan ibu bapa mereka sendiri.
Begitu meluasnya pengaruh Facebook dalam kehidupan harian kita sehinggakan sesiapa yang tidak memiliki akaun atau aktif di dalamnya, dianggap serpihan dari era mesin taip. Kita tahu Facebook adalah suatu fenomena dan jentera revolusi kaedah kita berkomunikasi pada abad ke-21 ini. Kita tahu ia adalah besar tapi tidak pasti berapa besar.
Selama lapan tahun sejak penubuhannya, pada Rabu lalu Facebook menerbitkan prospektus kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat bagi tujuan penyenaraiannya di bursa saham. Selain menyerlahkan banyak rahsia dan maklumat di belakang tabir yang hanya menjadi bahan spekulasi kita selama ini, langkah penyenaraian itu juga kaedah Facebook untuk meraih untung daripada maklumat peribadi kita yang diposkan dalam Facebook setiap hari.
Menurut prospektus tersebut yang anda boleh baca di http://www.sec.gov/Archives/edgar/data/1326801/000119312512034517/d287954ds1.htm, Facebook mahu meraih AS$5 bilion (kira-kira RM15 bilion) dalam tawaran permulaan awam (IPO) yang disifatkan oleh pemerhati sebagai jumlah terbesar untuk sebuah syarikat Internet sejak Google disenaraikan pada 2004. Nilai IPO itu juga bakal meletakkan nilai rangkaian sosial itu setinggi AS$75 bilion hingga AS$100 bilion (RM225 bilion hingga RM300 bilion).
Gambaran wajah Facebook yang boleh ditafsir dari dokumen setebal 150 muka kepada suruhanjaya tersebut dianggap wajah sebuah syarikat yang matang, sekurang-kurangnya pada standard Lembah Silikon. Facebook sudah menikmati pulangan keuntungan yang besar, hasil daripada pengguna Facebook yang kini berjumlah 845 juta akaun, dengan separuh daripadanya atau 483 juta mengepos pernyataan setiap hari.
Pengguna Facebook (kita semualah!) telah berkongsi lebih daripada 100 petabytes (100 quadrillion bytes) gambar dan video dalam Facebook, menghasilkan 2.7 bilion like dan komentar sehari dalam tiga bulan terakhir 2011.
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg menerima gaji asas sebanyak AS$500,000 (RM1.5 juta) tahun lalu, lebih tiga kali ganda berbanding gaji yang diterima oleh pengasas bersama Google Larry Page dan Sergey Brin semasa Google memfailkan IPO.
Keistimewaan
Memegang jawatan tertinggi dalam Facebook memberi keistimewaan tertentu untuk Zuckerberg. Menurut dokumen Facebook, firma itu juga membenarkan CEO dan COO menggunakan pesawat persendirian bagi tujuan-tujuan rasmi.
‘‘Encik Zuckerberg boleh menggunakan pesawat persendirian bagi tujuan peribadi berkaitan dengan program keselamatannya yang menyeluruh. Pada masa tertentu, Encik Zuckerberg mungkin ditemani ahli keluarga atau lain-lain apabila menggunakan pesawat persendirian.”
Menerusi penyenaraian itu kelak, Zuckerberg memegang 28 peratus ekuiti dalam Facebook, yang mungkin bernilai AS$28 bilion (RM84 bilion) dan CEO berusia 27 tahun itu merancang untuk mengambil gaji hanya AS$1 setahun bermula 2013, sama seperti ikon Apple, mendiang Steve Jobs semasa menerajui Apple.
Facebook juga kelihatan cukup mantap berbanding firma lain di Lembah Silikon semasa hendak disenaraikan. Menurut prospektus itu lagi, Facebook telah mencatat keuntungan sejak tiga tahun lalu. Ia melaporkan perolehan sebanyak AS$3.7 (RM11.1) bilion tahun lalu, iaitu kenaikan sebanyak 88 peratus berbanding 2010, dan meraih keuntungan sebanyak AS$1 (RM3) bilion. Ia melebihi pulangan keseluruhan Google tahun ia disenaraikan.
Perolehan Facebook juga mengatasi firma-firma Internet lain yang baru disenaraikan, misalnya Zynga mencatat AS$90.6 juta pada 2010 dan LinkedIn baru hendak mencatat keuntungan tatkala Pandora masih jauh ketinggalan.
Pengiklanan mewakili 85 peratus hasil kepada Facebook, menurun daripada 98 peratus pada 2009. Zynga sahaja merupakan 12 peratus kepada hasil keseluruhan Facebook kerana syarikat permainan dalam talian itu harus membayar royalti bagi setiap pembelian dalam Facebook.
Langkah Zuckerberg menyenaraikan Facebook di bursa saham ini tidak dapat lari daripada kritikan. Antara isu yang disebut lantang ialah pemegangan ekuiti majoriti beliau selepas IPO, bermakna Zuckerberg tidak perlu menjawab soalan kepada ahli lembaga pengarah bebas, sebagaimana kelaziman CEO di syarikat tersenarai lain.
Bila ini berlaku, seluruh proses IPO menjadi tanda-tanya. Mengapa timbulkan kehebohan jika Facebook tidak pernah berhasrat membenarkan pemegang saham awam bersuara dalam syarikat? Mengapa memanggil bank melabur ke dalam syarikat hanya untuk sakit hati kemudian hari, bila mereka mendesak untuk keuntungan yang lebih lagi?
Rupa-rupanya, rangkaian sosial yang kita jengah setiap hari, komen dan poskan gambar kita, adalah sebuah entiti yang bakal menjadi sangat kaya hasil daripada persinggahan kita setiap hari di Facebook.
Harap anda sekalian gunakanlah Facebook dengan sebaik mungkin, bukan jadi alat sebarkan api kebencian politik atau fitnah. Mereka yang berterusan berbuat demikian, harus dipadamkan daripada senarai rakan hari ini juga.

Selasa, 31 Januari 2012
Orang Putih
Orang Putih dan wakil Kedutaan Amerika Syarikat akan mengadakan lawatan ke sekolah saya yang akan diiringi oleh Timbalan Menteri merangkap Ahli Parlimen serta ahli-ahli politik yang berkaitan. Lawatan ini diadakan adalah bertujuan bagi melihat persekitaran tempat tinggal dan mengajar warganya yang akan mengajar dan memantau Bahasa Inggeris. Tarikh lawatan mereka adalah pada 1 Februari 2012.
Suasana di sekolah kini amat meriah. Persediaan menyambut tetamu terhormat ini telah bermula seawal dua minggu lalu. Dan minggu ni suasananya semakin rancak disebabkan banyak tempat yang perlu dikemaskini dan diselenggara. Ini menunujukkan bahawa sesungguhnya kawasan sekolah amat besar kerana banyak tempat yang perlu dicuci yang mana jika pada hari biasa pekerja-pekerja tidak sempat menyiapkan..(kiasan je..)
Guru dan para pelajar bergandingan bahu mencuci, menyusun dan menghias kawasan-kawasan yang mungkin akan dilawati pelawat tersebut. Menurut seorang guru disini, ini adalah pengalaman yang baharu bagi mereka kerana sebelum ini tidak pernah ada lawatan dari pegawai penting seperti ini tambahan pula ini adalah lawatan dari kedutaan.
Saya agak berbangga dapat ditukarkan ke sekolah ini kerana pada awal penempatan saya di sekolah ini, sekolah ini telah pun dicalonkan untuk disenaraikan dalam new deal / baiah / ganjaran bagi sekolah yang melonjak melebihi 300 ratus peratus. Pada hari ini pula akan ada lawatan dari pihak asing. Seperti tidak menyangka sahaja sekolah yang berada di kawasan agak pedalaman dan hujung Pejabat Pelajaran Daerah akan dapat menerima lawatan dari pihak luar.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya mengalami situasi dimana jabatan akan menerima lawatan luar. Penempatan pertama saya sebelum ini ialah di Institut Aminuddin Baki (IAB) yang mana jabatan ini adalah salah satu cabang bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Fungsi jabatan ini adalah membangunkan kepimpinan pendidikan. Jabatan ini akan akan memandu pengetua dan guru besar sahaja yakni pemimpin sekolah bagi melahirkan satu organisasi yang terbilang.
Selain dari itu, pelanggan jabatan ini juga adalah peserta kursus-kursus hi-impact dan acapkali menganjurkan persidangan nasional pendidikan dan menerima lawatan menteri-menteri, KSU, KPPM, serta pelawat dalam negara serta antarabangsa.
Kebetulan pula saya pada ketika itu telah diletakkan sebagai kerani di unit Pembangunan Organisasi yang mana bertanggungjawab terhadap dasar jabatan, hubungan antarabangsa, pembangunan staf, kualiti dan inovasi, perancangan standard latihan serta pembangunan penyelidikan. Semua ini boleh dikategorikan sebagai yang penting dalam sesuatu organisasi.
Walaupun sebagai pembantu kepada pengurus-pengurus namun sedikit sebanyak pengalaman itu dapat ditempiaskan kepada saya dan teman-teman. Majlis yang paling besar melibatkan antarabangsa yang saya dan teman-teman terlibat adalah pada tahun 2009 dimana pada tahun tersebut Malaysia dilantik sebagai tuan rumah dan IAB dipertanggungjawabkan untuk mengurus selain dibantu oleh jabatan-jabatan lain untuk Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Komanwel (CCEM) yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) selama seminggu. Walaupun tidak mahir Bahasa Inggeris namun saya dan teman-teman tetap berusaha menjayakan majlis..hahaha..kadangkala rasa jeles lak kepada mereka yang dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Di dalam IAB, unit saya pernah menjadi tuan rumah bagi kursus selama seminggu dan 3 hari bagi pegawai-pegawai pendidikan Indonesia, Korea, India, Bangladesh dan lain-lain. Selain itu, unit ini sering menerima kunjungan dari lawatan harian yang tidak putus-putus dari peserta dalam negara dan luar negara.
Berbalik kepada lawatan kedutaan yang akan membuat lawatan ke sekolah tadi, saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian dari warga sekolah ini yang kini sekolah ini semakin diberi perhatian oleh pihak luar. Walaubagamanapun saya akan menyokong kepada semua mereka yang terlibat dalam lawatan ini.
Insyaallah.
Sekian.
11.20 malam.

Ahad, 29 Januari 2012
L'Escargot
L'Escargot...Apa dia tu ye..ntah saya pun tak tahu cuma yang saya tahu ini adalah tajuk cerita Kantonis yang sedang bersiaran di saluran 921-929 Astro On Demand. Saya sebenarnya adalah peminat tegar drama Kantonis terutamanya yang selalu dimainkan di Astro On Demand. Saluran ini haruslah dilanggan.
Saya ingin huraikan jalan cerita yang dinyatakan di atas. Hanya sekadar melepaskan boring. Drama ini adalah berkisar tentang kehidupan warga Hong Kong pada ketika ini yang terhimpit dengan kenaikan harga rumah. Sepasang suami isteri yang mementingkan keluarga sanggup menjualkan rumah yang telah mereka beli ketika mula kahwin pada tahun 1997 kerana harga rumah pada ketika itu telah jatuh menjunam kerana serangan jangkitan SARS. Lalu mereka berpindah pulang tinggal bersama ibu dan adik beradik si suami yang mana rumah yang sedang ibu dan adik beradik suami diami ini juga adalah dibayar oleh si suami.
Si suami hanyalah bekerja sebagai pengubahsuai rumah manakala si isteri setelah melahirkan anak maka tidak bekerja. Namun kehidupan mereka adalah stabil cuma yang menjadi tragedi adalah bilamana mereka berkeinginan memiliki rumah sendiri dan tinggal bersama tanpa ibu dan adik beradik. Ini adalah kerana rumah yang mereka semua tinggal adalah berkeluasan 400 meter persegi. Amat sempit bagi sebuah rumah berkeluasan itu didiami seramai 9 orang.
Setakat siri yang ke 18, mereka telah hampir berjaya menyimpan wang pendahuluan yang hampir berjaya membeli rumah namun malang kerana tuan rumah telah berkonflik dengan isterinya yang menyebabkan isterinya memohon injuksi mahkamah bagi menghalang rumah tersebut dijual. Maka mereka terpaksa menyewa sebuah bilik studio yang hanya boleh menempatkan katil dan dapur. Si anak terpaksa ditinggalkan bersama ibu bapa si isteri kerana bilik yang didiami mereka amat sempit.
Apa yang ingin dihuraikan disini adalah bagaimana Hong Kong sebagai negara yang maju namun penduduknya terpaksa mengharungi kos kehidupan yang tinggi. Rumah yang berharga HK1juta pun hanya boleh dapat rumah seluas 800 meter persegi. Namun mereka telah biasa dengan kehidupan begini.
Terus kepada kehidupan saya pula, walaupun tidaklah seteruk cerita di atas namun keinginan untuk memiliki rumah sendiri juga amat meluap. Sesiapa jua jika ditanya juga memiliki impian yang sama namun kaedah kearah itu lah yang akan membezakan setiap orang. Saya juga bernasib baik kerana isteri juga bekerja dan ini akan dapat membantu seandainya ingin membeli rumah. Jika dilihat harga rumah di Malaysia juga sudah meninggi. Jika tunggu lebih lama berkemungkinan harga rumah ini akan lebih melambung dan saya tidak yakin akan dapat memiliki rumah sendiri kelak. Maka perancangan ke arah itu sedang disusun oleh saya dan isteri supaya semuanya berjalan lancar.
Harga rumah bawah SUK pun sekarang sudah berharga RM 30k ke RM 45k bagi rumah kos murah manakala RM 70k ke RM 85k bagi rumah kos sederhana. Dan status pegangannya adalah pajakan selama 99 tahun. Harga bagi rumah dibawah pemaju sekarang semuanya berharga lebih RM 100k. Dan jawapannya adalah sehingga saya berpencen 30 tahun lagi baharu lah hutang rumah tersebut akan habis. Ini bermakna ketika saya berusia 57 tahun baharu lah semuanya langsai. Sebab itu saya dan isteri sedang mengejar kearah itu demi menjimatkan usia yang ada kerana jika semakin lanjut usia maka pinjaman juga akan semakin tinggi potongan bulannya. Jadi saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendiami kediaman sendiri satu hari nanti.
Insyaallah.
Sekian.
11.25 malam

Sabtu, 28 Januari 2012
Pengisian Jiwa
Dalam kesusahan itu ada kemanisan. Allah sengaja memberikan kesusahan kepada hambaNya supaya hambaNya akan sentiasa ingat kepadaNya dan sentiasa mengadu kepadaNya. Allah suka apabila hambaNya sentiasa mengadu kepadaNya. Alhamdulillah pada hari ini (28/1/2012) saya berjaya meleretkan kaki saya untuk bersama-sama mengimarahkan ceramah agama. Walaupun sudah banyak saya ketinggalan namun sekurang-kurangnya hari ini sudah ada santapan rohani untuk diri saya. Sebenarnya sudah lama saya ingin mendengar ceramah ini kerana ianya diadakan sebulan sekali namun hasutan benak kecil sentiasa mengatasi kehendak..hahaha..
Saya pun tidak faham dengan diri saya sendiri, kenapa saya boleh menggagahkan diri untuk mendengar ceramah politik yang berbatu jauh dari maustatin namun untuk mendengar ceramah agama yang hanya terletak hanya 10 minit dari maustatin adalah menjadi beban kepada saya. Memang benarlah apa yang sering diperkatakan oleh alim ulamak, manusia akhir zaman ini lebih mementingkan dunia dan menjauhkan diri dari rumah ibadat dan majlis ilmu sebab itu sekarang ramai ulamak yang menjual ilmu.
Mengenang kembali input ceramah tadi, benarlah apa yang diperkatakan oleh ustaz..(saya hanya menyokong pendapatnya..hehe) yang menyebut bahawa dahulu orang mengaji kitab ni tiada had masa. Kadang-kadang mengambil masa sehingga berbelas tahun untuk menghabiskan pengajian di pondok-pondok. Namun jika dilihat sekarang banyak sekolah-sekolah agama yang berorientasikan sekular didalam pengajiannya menyebabkan tok-tok guru (atau boleh digelar cikgu) ini terpaksa melangkau pengajaran kitab kerana terikat dengan masa yakni peperiksaan. Mereka terpaksa mengambil isi yang mana penting sahaja untuk mengejar peperiksaan akhir tahun. Impaknya maka keluarlah produk-produk ustaz sekular yang kita tidak menafikan mereka belajar agama namun disebabkan tidak mendalam pelajarannya maka mereka-mereka ini tidak memahami sepenuhnya kitab tersebut.
Maka terjadilah situasi dimana jika dilihat keadaan sekarang perkara yang halal diharamkan, yang haram dihalalkan. Dan kita sebagai yang tidak memahami agama ini dapat melihat seolah-olah ketika ini para alim ulamak dan para ustaz seakan-akan bertikam pendapat tentang perkara-perkara berkaitan Islam. Dalam Islam memang tidak salah berbeza pendapat namun apa yang penting masih berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
Pendapat saya ialah, bukanlah hendak menyalahkan sesiapa cuma pendapat bersandarkan keadaan sekarang saya melihat ada juga benarnya kata ustaz ini kerana apa yang dapat diperhatikan sekarang ulamak atau para pendakwah atau mufti atau sesapa yang mahir dalam agama Islam ini seolah-olah lebih mementingkan pangkat dan jawatan dan periuk nasi. Dalam sesetengah isu berkaitan Islam dalam negara kita sekarang ini jika terdapat khilaf yang membabitkan individu yang bukan dalam kerajaan maka mereka yang mahir ini sentiasa kedepan menonjolkan diri dengan mengutarakan pendapat. Namun jika sebaliknya walaupun dalam sesetengah perkara yang memang diperlukan pendapat mereka ini bagi mengesahkan dan membenarkan sesuatu perkara berkaitan Islam tetapi disebabkan mereka yang perlu ditegur ini adalah dalam kerajaan maka perkara ini disepikan. Dan yang menjadi mangsa adalah orang umum yang tidak tahu agama yang mungkin akan keliru.
Kembali kepada input ceramah tadi, disebabkan ketidakcukupan mendalami kitab ini maka ramailah graduan ustaz yang menjual ilmu dan hanya kehadapan dalam isu berkaitan Islam jika tidak menjejaskan pangkat atau jawatan mereka. Banyak lagi yang diterangkan oleh ustaz terbabit namun harapan saya kepada diri saya dan cuba ditanam oleh saya kedalam diri saya adalah saya akan cuba selepas ini untuk kerap pergi ke majlis-majlis ilmu seperti ini kerana sesungguhnya Islam itu memang menuntut supaya kita sentiasa mendahagakan ilmu kerana ilmu ini adalah luas apatah lagi ilmu Islam dimana jika dikiaskan seperti jika habis 7 lautan dijadikan dakwat pena untuk menerangkan ilmu Allah ini tidak akan mencukupi kerana ilmu Allah ini amatlah luas dan yang paling penting adalah keredhaan dan keizinan Allah kepada diri saya. Semoga Allah menkejapkan azam saya ini.
Insyaallah..
Sekian.
12.37am
Langgan:
Catatan (Atom)