Orang Putih dan wakil Kedutaan Amerika Syarikat akan mengadakan lawatan ke sekolah saya yang akan diiringi oleh Timbalan Menteri merangkap Ahli Parlimen serta ahli-ahli politik yang berkaitan. Lawatan ini diadakan adalah bertujuan bagi melihat persekitaran tempat tinggal dan mengajar warganya yang akan mengajar dan memantau Bahasa Inggeris. Tarikh lawatan mereka adalah pada 1 Februari 2012.
Suasana di sekolah kini amat meriah. Persediaan menyambut tetamu terhormat ini telah bermula seawal dua minggu lalu. Dan minggu ni suasananya semakin rancak disebabkan banyak tempat yang perlu dikemaskini dan diselenggara. Ini menunujukkan bahawa sesungguhnya kawasan sekolah amat besar kerana banyak tempat yang perlu dicuci yang mana jika pada hari biasa pekerja-pekerja tidak sempat menyiapkan..(kiasan je..)
Guru dan para pelajar bergandingan bahu mencuci, menyusun dan menghias kawasan-kawasan yang mungkin akan dilawati pelawat tersebut. Menurut seorang guru disini, ini adalah pengalaman yang baharu bagi mereka kerana sebelum ini tidak pernah ada lawatan dari pegawai penting seperti ini tambahan pula ini adalah lawatan dari kedutaan.
Saya agak berbangga dapat ditukarkan ke sekolah ini kerana pada awal penempatan saya di sekolah ini, sekolah ini telah pun dicalonkan untuk disenaraikan dalam new deal / baiah / ganjaran bagi sekolah yang melonjak melebihi 300 ratus peratus. Pada hari ini pula akan ada lawatan dari pihak asing. Seperti tidak menyangka sahaja sekolah yang berada di kawasan agak pedalaman dan hujung Pejabat Pelajaran Daerah akan dapat menerima lawatan dari pihak luar.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya mengalami situasi dimana jabatan akan menerima lawatan luar. Penempatan pertama saya sebelum ini ialah di Institut Aminuddin Baki (IAB) yang mana jabatan ini adalah salah satu cabang bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Fungsi jabatan ini adalah membangunkan kepimpinan pendidikan. Jabatan ini akan akan memandu pengetua dan guru besar sahaja yakni pemimpin sekolah bagi melahirkan satu organisasi yang terbilang.
Selain dari itu, pelanggan jabatan ini juga adalah peserta kursus-kursus hi-impact dan acapkali menganjurkan persidangan nasional pendidikan dan menerima lawatan menteri-menteri, KSU, KPPM, serta pelawat dalam negara serta antarabangsa.
Kebetulan pula saya pada ketika itu telah diletakkan sebagai kerani di unit Pembangunan Organisasi yang mana bertanggungjawab terhadap dasar jabatan, hubungan antarabangsa, pembangunan staf, kualiti dan inovasi, perancangan standard latihan serta pembangunan penyelidikan. Semua ini boleh dikategorikan sebagai yang penting dalam sesuatu organisasi.
Walaupun sebagai pembantu kepada pengurus-pengurus namun sedikit sebanyak pengalaman itu dapat ditempiaskan kepada saya dan teman-teman. Majlis yang paling besar melibatkan antarabangsa yang saya dan teman-teman terlibat adalah pada tahun 2009 dimana pada tahun tersebut Malaysia dilantik sebagai tuan rumah dan IAB dipertanggungjawabkan untuk mengurus selain dibantu oleh jabatan-jabatan lain untuk Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Komanwel (CCEM) yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) selama seminggu. Walaupun tidak mahir Bahasa Inggeris namun saya dan teman-teman tetap berusaha menjayakan majlis..hahaha..kadangkala rasa jeles lak kepada mereka yang dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Di dalam IAB, unit saya pernah menjadi tuan rumah bagi kursus selama seminggu dan 3 hari bagi pegawai-pegawai pendidikan Indonesia, Korea, India, Bangladesh dan lain-lain. Selain itu, unit ini sering menerima kunjungan dari lawatan harian yang tidak putus-putus dari peserta dalam negara dan luar negara.
Berbalik kepada lawatan kedutaan yang akan membuat lawatan ke sekolah tadi, saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian dari warga sekolah ini yang kini sekolah ini semakin diberi perhatian oleh pihak luar. Walaubagamanapun saya akan menyokong kepada semua mereka yang terlibat dalam lawatan ini.
Insyaallah.
Sekian.
11.20 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan