Pages - Menu

Ahad, 29 Januari 2012

L'Escargot

L'Escargot...Apa dia tu ye..ntah saya pun tak tahu cuma yang saya tahu ini adalah tajuk cerita Kantonis yang sedang bersiaran di saluran 921-929 Astro On Demand.  Saya sebenarnya adalah peminat tegar drama Kantonis terutamanya yang selalu dimainkan di Astro On Demand.  Saluran ini haruslah dilanggan.

Saya ingin huraikan jalan cerita yang dinyatakan di atas.  Hanya sekadar melepaskan boring.  Drama ini adalah berkisar tentang kehidupan warga Hong Kong pada ketika ini yang terhimpit dengan kenaikan harga rumah.  Sepasang suami isteri yang mementingkan keluarga sanggup menjualkan rumah yang telah mereka beli ketika mula kahwin pada tahun 1997 kerana harga rumah pada ketika itu telah jatuh menjunam kerana serangan jangkitan SARS.  Lalu mereka berpindah pulang tinggal bersama ibu dan adik beradik si suami yang mana rumah yang sedang ibu dan adik beradik suami diami ini juga adalah dibayar oleh si suami.

Si suami hanyalah bekerja sebagai pengubahsuai rumah manakala si isteri setelah melahirkan anak maka tidak bekerja.  Namun kehidupan mereka adalah stabil cuma yang menjadi tragedi adalah bilamana mereka berkeinginan memiliki rumah sendiri dan tinggal bersama tanpa ibu dan adik beradik.  Ini adalah kerana rumah yang mereka semua tinggal adalah berkeluasan 400 meter persegi.  Amat sempit bagi sebuah rumah berkeluasan itu didiami seramai 9 orang.

Setakat siri yang ke 18, mereka telah hampir berjaya menyimpan wang pendahuluan yang hampir berjaya membeli rumah namun malang kerana tuan rumah telah berkonflik dengan isterinya yang menyebabkan isterinya memohon injuksi mahkamah bagi menghalang rumah tersebut dijual.  Maka mereka terpaksa menyewa sebuah bilik studio yang hanya boleh menempatkan katil dan dapur.  Si anak terpaksa ditinggalkan bersama ibu bapa si isteri kerana bilik yang didiami mereka amat sempit.

Apa yang ingin dihuraikan disini adalah bagaimana Hong Kong sebagai negara yang maju namun penduduknya terpaksa mengharungi kos kehidupan yang tinggi.  Rumah yang berharga HK1juta pun hanya boleh dapat rumah seluas 800 meter persegi.  Namun mereka telah biasa dengan kehidupan begini.

Terus kepada kehidupan saya pula, walaupun tidaklah seteruk cerita di atas namun keinginan untuk memiliki rumah sendiri juga amat meluap.  Sesiapa jua jika ditanya juga memiliki impian yang sama namun kaedah kearah itu lah yang akan membezakan setiap orang.  Saya juga bernasib baik kerana isteri juga bekerja dan ini akan dapat membantu seandainya ingin membeli rumah.  Jika dilihat harga rumah di Malaysia juga sudah meninggi.  Jika tunggu lebih lama berkemungkinan harga rumah ini akan lebih melambung dan saya tidak yakin akan dapat memiliki rumah sendiri kelak.  Maka perancangan ke arah itu sedang disusun oleh saya dan isteri supaya semuanya berjalan lancar.

Harga rumah bawah SUK pun sekarang sudah berharga RM 30k ke RM 45k bagi rumah kos murah manakala RM 70k ke RM 85k bagi rumah kos sederhana.  Dan status pegangannya adalah pajakan selama 99 tahun.  Harga bagi rumah dibawah pemaju sekarang semuanya berharga lebih RM 100k.  Dan jawapannya adalah sehingga saya berpencen 30 tahun lagi baharu lah hutang rumah tersebut akan habis.  Ini bermakna ketika saya berusia 57 tahun baharu lah semuanya langsai.  Sebab itu saya dan isteri sedang mengejar kearah itu demi menjimatkan usia yang ada kerana jika semakin lanjut usia maka pinjaman juga akan semakin tinggi potongan bulannya.  Jadi saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendiami kediaman sendiri satu hari nanti.

Insyaallah.

Sekian.

11.25 malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan