Pages - Menu

Selasa, 31 Januari 2012

Orang Putih

Orang Putih dan wakil Kedutaan Amerika Syarikat akan mengadakan lawatan ke sekolah saya yang akan diiringi oleh Timbalan Menteri merangkap Ahli Parlimen serta ahli-ahli politik yang berkaitan.  Lawatan ini diadakan adalah bertujuan bagi melihat persekitaran tempat tinggal dan mengajar warganya yang akan mengajar dan memantau Bahasa Inggeris.  Tarikh lawatan mereka adalah pada 1 Februari 2012.

Suasana di sekolah kini amat meriah.  Persediaan menyambut tetamu terhormat ini telah bermula seawal dua minggu lalu.  Dan minggu ni suasananya semakin rancak disebabkan banyak tempat yang perlu dikemaskini dan diselenggara.  Ini menunujukkan bahawa sesungguhnya kawasan sekolah amat besar kerana banyak tempat yang perlu dicuci yang mana jika pada hari biasa pekerja-pekerja tidak sempat menyiapkan..(kiasan je..)

Guru dan para pelajar bergandingan bahu mencuci, menyusun dan menghias kawasan-kawasan yang mungkin akan dilawati pelawat tersebut.  Menurut seorang guru disini, ini adalah pengalaman yang baharu bagi mereka kerana sebelum ini tidak pernah ada lawatan dari pegawai penting seperti ini tambahan pula ini adalah lawatan dari kedutaan.

Saya agak berbangga dapat ditukarkan ke sekolah ini kerana pada awal penempatan saya di sekolah ini, sekolah ini telah pun dicalonkan untuk disenaraikan dalam new deal / baiah / ganjaran bagi sekolah yang melonjak melebihi 300 ratus peratus.  Pada hari ini pula akan ada lawatan dari pihak asing.  Seperti tidak menyangka sahaja sekolah yang berada di kawasan agak pedalaman dan hujung Pejabat Pelajaran Daerah akan dapat menerima lawatan dari pihak luar.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya mengalami situasi dimana jabatan akan menerima lawatan luar.  Penempatan pertama saya sebelum ini ialah di Institut Aminuddin Baki (IAB) yang mana jabatan ini adalah salah satu cabang bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).  Fungsi jabatan ini adalah membangunkan kepimpinan pendidikan.  Jabatan ini akan akan memandu pengetua dan guru besar sahaja yakni pemimpin sekolah bagi melahirkan satu organisasi yang terbilang.

Selain dari itu, pelanggan jabatan ini juga adalah peserta kursus-kursus hi-impact dan acapkali menganjurkan persidangan nasional pendidikan dan menerima lawatan menteri-menteri, KSU, KPPM, serta pelawat dalam negara serta antarabangsa.

Kebetulan pula saya pada ketika itu telah diletakkan sebagai kerani di unit Pembangunan Organisasi yang mana bertanggungjawab terhadap dasar jabatan, hubungan antarabangsa, pembangunan staf, kualiti dan inovasi, perancangan standard latihan serta pembangunan penyelidikan.  Semua ini boleh dikategorikan sebagai yang penting dalam sesuatu organisasi.

Walaupun sebagai pembantu kepada pengurus-pengurus namun sedikit sebanyak pengalaman itu dapat ditempiaskan kepada saya dan teman-teman.  Majlis yang paling besar melibatkan antarabangsa yang saya dan teman-teman terlibat adalah pada tahun 2009 dimana pada tahun tersebut Malaysia dilantik sebagai tuan rumah dan IAB dipertanggungjawabkan untuk mengurus selain dibantu oleh jabatan-jabatan lain untuk Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Komanwel (CCEM) yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) selama seminggu.  Walaupun tidak mahir Bahasa Inggeris namun saya dan teman-teman tetap berusaha menjayakan majlis..hahaha..kadangkala rasa jeles lak kepada mereka yang dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Di dalam IAB, unit saya pernah menjadi tuan rumah bagi kursus selama seminggu dan 3 hari bagi pegawai-pegawai pendidikan Indonesia, Korea, India, Bangladesh dan lain-lain.  Selain itu, unit ini sering menerima kunjungan dari lawatan harian yang tidak putus-putus dari peserta dalam negara dan luar negara.

Berbalik kepada lawatan kedutaan yang akan membuat lawatan ke sekolah tadi, saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian dari warga sekolah ini yang kini sekolah ini semakin diberi perhatian oleh pihak luar.  Walaubagamanapun saya akan menyokong kepada semua mereka yang terlibat dalam lawatan ini.

Insyaallah.

Sekian.

11.20 malam.


Ahad, 29 Januari 2012

L'Escargot

L'Escargot...Apa dia tu ye..ntah saya pun tak tahu cuma yang saya tahu ini adalah tajuk cerita Kantonis yang sedang bersiaran di saluran 921-929 Astro On Demand.  Saya sebenarnya adalah peminat tegar drama Kantonis terutamanya yang selalu dimainkan di Astro On Demand.  Saluran ini haruslah dilanggan.

Saya ingin huraikan jalan cerita yang dinyatakan di atas.  Hanya sekadar melepaskan boring.  Drama ini adalah berkisar tentang kehidupan warga Hong Kong pada ketika ini yang terhimpit dengan kenaikan harga rumah.  Sepasang suami isteri yang mementingkan keluarga sanggup menjualkan rumah yang telah mereka beli ketika mula kahwin pada tahun 1997 kerana harga rumah pada ketika itu telah jatuh menjunam kerana serangan jangkitan SARS.  Lalu mereka berpindah pulang tinggal bersama ibu dan adik beradik si suami yang mana rumah yang sedang ibu dan adik beradik suami diami ini juga adalah dibayar oleh si suami.

Si suami hanyalah bekerja sebagai pengubahsuai rumah manakala si isteri setelah melahirkan anak maka tidak bekerja.  Namun kehidupan mereka adalah stabil cuma yang menjadi tragedi adalah bilamana mereka berkeinginan memiliki rumah sendiri dan tinggal bersama tanpa ibu dan adik beradik.  Ini adalah kerana rumah yang mereka semua tinggal adalah berkeluasan 400 meter persegi.  Amat sempit bagi sebuah rumah berkeluasan itu didiami seramai 9 orang.

Setakat siri yang ke 18, mereka telah hampir berjaya menyimpan wang pendahuluan yang hampir berjaya membeli rumah namun malang kerana tuan rumah telah berkonflik dengan isterinya yang menyebabkan isterinya memohon injuksi mahkamah bagi menghalang rumah tersebut dijual.  Maka mereka terpaksa menyewa sebuah bilik studio yang hanya boleh menempatkan katil dan dapur.  Si anak terpaksa ditinggalkan bersama ibu bapa si isteri kerana bilik yang didiami mereka amat sempit.

Apa yang ingin dihuraikan disini adalah bagaimana Hong Kong sebagai negara yang maju namun penduduknya terpaksa mengharungi kos kehidupan yang tinggi.  Rumah yang berharga HK1juta pun hanya boleh dapat rumah seluas 800 meter persegi.  Namun mereka telah biasa dengan kehidupan begini.

Terus kepada kehidupan saya pula, walaupun tidaklah seteruk cerita di atas namun keinginan untuk memiliki rumah sendiri juga amat meluap.  Sesiapa jua jika ditanya juga memiliki impian yang sama namun kaedah kearah itu lah yang akan membezakan setiap orang.  Saya juga bernasib baik kerana isteri juga bekerja dan ini akan dapat membantu seandainya ingin membeli rumah.  Jika dilihat harga rumah di Malaysia juga sudah meninggi.  Jika tunggu lebih lama berkemungkinan harga rumah ini akan lebih melambung dan saya tidak yakin akan dapat memiliki rumah sendiri kelak.  Maka perancangan ke arah itu sedang disusun oleh saya dan isteri supaya semuanya berjalan lancar.

Harga rumah bawah SUK pun sekarang sudah berharga RM 30k ke RM 45k bagi rumah kos murah manakala RM 70k ke RM 85k bagi rumah kos sederhana.  Dan status pegangannya adalah pajakan selama 99 tahun.  Harga bagi rumah dibawah pemaju sekarang semuanya berharga lebih RM 100k.  Dan jawapannya adalah sehingga saya berpencen 30 tahun lagi baharu lah hutang rumah tersebut akan habis.  Ini bermakna ketika saya berusia 57 tahun baharu lah semuanya langsai.  Sebab itu saya dan isteri sedang mengejar kearah itu demi menjimatkan usia yang ada kerana jika semakin lanjut usia maka pinjaman juga akan semakin tinggi potongan bulannya.  Jadi saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendiami kediaman sendiri satu hari nanti.

Insyaallah.

Sekian.

11.25 malam

Sabtu, 28 Januari 2012

Pengisian Jiwa

Dalam kesusahan itu ada kemanisan. Allah sengaja memberikan kesusahan kepada hambaNya supaya hambaNya akan sentiasa ingat kepadaNya dan sentiasa mengadu kepadaNya.  Allah suka apabila hambaNya sentiasa mengadu kepadaNya.  Alhamdulillah pada hari ini (28/1/2012) saya berjaya meleretkan kaki saya untuk bersama-sama mengimarahkan ceramah agama.  Walaupun sudah banyak saya ketinggalan namun sekurang-kurangnya hari ini sudah ada santapan rohani untuk diri saya.  Sebenarnya sudah lama saya ingin mendengar ceramah ini kerana ianya diadakan sebulan sekali namun hasutan benak kecil sentiasa mengatasi kehendak..hahaha..

Saya pun tidak faham dengan diri saya sendiri, kenapa saya boleh menggagahkan diri untuk mendengar ceramah politik yang berbatu jauh dari maustatin namun untuk mendengar ceramah agama yang hanya terletak hanya 10 minit dari maustatin adalah menjadi beban kepada saya.  Memang benarlah apa yang sering diperkatakan oleh alim ulamak, manusia akhir zaman ini lebih mementingkan dunia dan menjauhkan diri dari rumah ibadat dan majlis ilmu sebab itu sekarang ramai ulamak yang menjual ilmu.

Mengenang kembali input ceramah tadi, benarlah apa yang diperkatakan oleh ustaz..(saya hanya menyokong pendapatnya..hehe) yang menyebut bahawa dahulu orang mengaji kitab ni tiada had masa.  Kadang-kadang mengambil masa sehingga berbelas tahun untuk menghabiskan pengajian di pondok-pondok.  Namun jika dilihat sekarang banyak sekolah-sekolah agama yang berorientasikan sekular didalam pengajiannya menyebabkan tok-tok guru (atau boleh digelar cikgu) ini terpaksa melangkau pengajaran kitab kerana terikat dengan masa yakni peperiksaan. Mereka terpaksa mengambil isi yang mana penting sahaja untuk mengejar peperiksaan akhir tahun.  Impaknya maka keluarlah produk-produk ustaz sekular yang kita tidak menafikan mereka belajar agama namun disebabkan tidak mendalam pelajarannya maka mereka-mereka ini tidak memahami sepenuhnya kitab tersebut. 

Maka terjadilah situasi dimana jika dilihat keadaan sekarang perkara yang halal diharamkan, yang haram dihalalkan.  Dan kita sebagai yang tidak memahami agama ini dapat melihat seolah-olah ketika ini para alim ulamak dan para ustaz seakan-akan bertikam pendapat tentang perkara-perkara berkaitan Islam.  Dalam Islam memang tidak salah berbeza pendapat namun apa yang penting masih berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Pendapat saya ialah, bukanlah hendak menyalahkan sesiapa cuma pendapat bersandarkan keadaan sekarang saya melihat ada juga benarnya kata ustaz ini kerana apa yang dapat diperhatikan sekarang ulamak atau para pendakwah atau mufti atau sesapa yang mahir dalam agama Islam ini seolah-olah lebih mementingkan pangkat dan jawatan dan periuk nasi.  Dalam sesetengah isu berkaitan Islam dalam negara kita sekarang ini jika terdapat khilaf yang membabitkan individu yang bukan dalam kerajaan maka mereka yang mahir ini sentiasa kedepan menonjolkan diri dengan mengutarakan pendapat.  Namun jika sebaliknya walaupun dalam sesetengah perkara yang memang diperlukan pendapat mereka ini bagi mengesahkan dan membenarkan sesuatu perkara berkaitan Islam tetapi disebabkan mereka yang perlu ditegur ini adalah dalam kerajaan maka perkara ini disepikan.  Dan yang menjadi mangsa adalah orang umum yang tidak tahu agama yang mungkin akan keliru.

Kembali kepada input ceramah tadi, disebabkan ketidakcukupan mendalami kitab ini maka ramailah graduan ustaz yang menjual ilmu dan hanya kehadapan dalam isu berkaitan Islam jika tidak menjejaskan pangkat atau jawatan mereka.  Banyak lagi yang diterangkan oleh ustaz terbabit namun harapan saya kepada diri saya dan cuba ditanam oleh saya kedalam diri saya adalah saya akan cuba selepas ini untuk kerap pergi ke majlis-majlis ilmu seperti ini kerana sesungguhnya Islam itu memang menuntut supaya kita sentiasa mendahagakan ilmu kerana ilmu ini adalah luas apatah lagi ilmu Islam dimana jika dikiaskan seperti jika habis 7 lautan dijadikan dakwat pena untuk menerangkan ilmu Allah ini tidak akan mencukupi kerana ilmu Allah ini amatlah luas dan yang paling penting adalah keredhaan dan keizinan Allah kepada diri saya.  Semoga Allah menkejapkan azam saya ini.

Insyaallah..

Sekian.

12.37am