Setelah hampir 3 minggu bertungkus lumus mnyiapkan gaji bagi 4 orang guru lantikan baharu dan seorang pembantu makmal disamping tugas sampingan seperti membuat surat rasmi dan pelbagai feedback yang perlu ditaip semula akhirnya hari ini dapat ruang untuk bernafas semula. Sebenarnya lebih tepat ianya hanyalah rehat sekejap kerana masih banyak kerja yang perlu diuruskan segera mungkin. Masih dalam proses, dua orang guru yang sudah mendapat kenaikan pangkat ke gred DG44.
Untuk kenaikan pangkat setelah diberikan 13 peratus kenaikan gaji pada awal bulan April baru-baru ini, saya terpaksa mengambil masa yang agak lama bagi memahami semula kehendak pekeliling perkhidmatan berkaitan urusan kenaikan pangkat. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka mengambil jalan mudah dengan tidak payah memikirkan kerana bagi mereka jika ada kesilapan PTJ akan membaiki pada RC tersebut. Secara peribadi saya suka membuat kerja sebolehnya sifar kesilapan dan teratur. Walaupun sehingga kini masih tidak menjumpai teknik supaya kerja menjadi teratur dan efisien. Sekurang-kurangnya saya sedang ke mencuba ke arah itu..hehehe...
Setelah pening mentelaah pekeliling tersebut, saya dapat memahami serba sedikit dan menjumpai keyword bagi tatacara kenaikan pangkat. Namun saya masih tiada keyakinan bagi meneruskan kerja itu. Saya cuba menghubungi unit pentadbiran di Institut Aminuddin Baki yakni bekas rakan sekerja lama untuk mengesahkan adakah benar atau salah pemahaman saya terhadap pekeliling itu.
Masih tidak menjumpai jawapan, saya cuba pula menghubungi Pegawai Eksekutif di PPD. Juga masih tidak menjawab persoalan saya. Tidak tahulah samada beliau masih terasa dengan beberapa isu yang timbul berkaitan Cuti Tanpa Gaji seorang pembantu makmal saya sebelumnya atau dye terlupa namun saya harap hubungan profesional dapat diwujudkan antara jabatan tanpa dipengaruhi perasaan tersinggung atau apapun supaya proses kerja dapat berjalan lancar. Saya tidak mahu menambahkan lagi seteru kerja kerana sebelumnya saya sudah pun mewarisi seteru antara sekolah dan PT JPN yang mengelola RC sekolah saya.
Akhirnya saya menjumpai jawapan setelah saya menghubungi sekolah PTJ yang berhampiran sekolah saya. Setelah saya teliti sekali lagi pekeliling tersebut akhirnya saya faham dan tanpa rasa was-was saya merasakan perkiraan saya adalah betul.
Esok saya akan menyambung kerja ini. Kerja buat gaji ini sebenarnya senang tetapi bagi new user seperti saya ini ianya menjadi agak sukar dan mungkin juga kerana sikap berhati-hati tidaka mahu melakukan kesilapan itu menyebabkan kerja saya menjadi lambat...hahaha...tidak mengapalah yang penting tiada kesilapan terhadap gaji orang dan tidak perlu buat dua kali kerja..
Sekian, terima aksih
11.02 malam...26/6/12